Asyik-asyik...cerita sistem membosankan juga .. :-) cuma sekadar berkongsi di sini..sebelum-sebelum ini banyak email - email dari sahabat-sahabat kita yang menceritakan dan berkongsi masalah dan juga kegagalan di dalam bidang ni walaupun dah 2 tahun berniaga tapi ada beberapa sahabat mengatakan yang mereka tak tahu pun apa yang mereka buat sebenarnya...di dalam perniagaan ini...
Ini agak agak menghairankan juga tapi...tak ada yang mustahil dan macam-macam boleh jadi ..dah namanya kehidupan....dan bila di selami hati rakan-rakan ( jiwang sikit pulak :-) ...ada satu masalah di sini yang dapat di temui.....Minat...minat tu sebenarnya tak ada....ada di antaranya bila tahu saja perniagan ini boleh buat "Duit" tanpa mengetahui asas-asas yang kukuh dan latihan yang cukup...terus membuka akaun dan akhirnya...duit habis..dan yang paling banyak...mempersiapkan dahulu asas-asas yang perlu ada pada diri seseorang Usahawan ...tak kisahlah kita ni usahawan apa...usahawan forex, usahawan pertanian dan lain-lain.
Jadi saranan saya ..buat sahabat-sahabat yang ada minat dan nak menjadi usahawan suatu hari kelak...pastikan dulu asas keusahawanan tu cukup dan sanggup tak menghadapinya yer..
Mungkin artikel sahabat kita ni dapat membantu sahabat-sahabat..Saya ada juga buku-buku keusahawanan ...tapi tak sanggup la saya nak tulis :-)
Ini agak agak menghairankan juga tapi...tak ada yang mustahil dan macam-macam boleh jadi ..dah namanya kehidupan....dan bila di selami hati rakan-rakan ( jiwang sikit pulak :-) ...ada satu masalah di sini yang dapat di temui.....Minat...minat tu sebenarnya tak ada....ada di antaranya bila tahu saja perniagan ini boleh buat "Duit" tanpa mengetahui asas-asas yang kukuh dan latihan yang cukup...terus membuka akaun dan akhirnya...duit habis..dan yang paling banyak...mempersiapkan dahulu asas-asas yang perlu ada pada diri seseorang Usahawan ...tak kisahlah kita ni usahawan apa...usahawan forex, usahawan pertanian dan lain-lain.
Jadi saranan saya ..buat sahabat-sahabat yang ada minat dan nak menjadi usahawan suatu hari kelak...pastikan dulu asas keusahawanan tu cukup dan sanggup tak menghadapinya yer..
Mungkin artikel sahabat kita ni dapat membantu sahabat-sahabat..Saya ada juga buku-buku keusahawanan ...tapi tak sanggup la saya nak tulis :-)
- Inisiatif dan bertanggungjawab
Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
- Komitmen yang tinggi
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.
- Orentasi Peluang (kesempatan) – Opportunity Orientation
Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.
- Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker)
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.
- Keyakinan dan Optimistik
Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
- Kreatif dan Inovatif
Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.
- Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)
Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.
- Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah “wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.
- Kebolehan menentukan Visi (Ability to Set Vision)
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.
- Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)
Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.
- Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control)
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.
- Toleransi terhadap Kegagalan
Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan kejayaan.
- Lebih Bertenaga(High level of Energy)
Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan.
- Semangat Berpasukan (Team Building)
Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.
- Berdikari (Independent)
Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.
- Fleksibel
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan.
This entry was posted
on Wednesday, June 02, 2010
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
1 comments