Langkah pertama untuk berubah menjadi seorang usahawan yang terbilang ialah menerima hakikat bahawa kadang-kadang anda mempunyai masalah dan setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti ada masalah, tetapi masalah itu pasti ada penyelesaiannya.
Pokok yang bergoyang berpunca daripada angin yang bertiup. Begitu juga usahawan yang menghadapi pelbagai masalah mesti ada puncanya.
PUNCA USAHAWAN YANG BERMASALAH
1. INGKAR
Iaitu ingkat perintah Allah, ingkar nasihat pasangan, nasihat orang tua-tua,nasihat orang yang lebih berpengalaman. ini merupakan masalah utama. Muhasabahlah diri ,nilai diri masing-masing.adakah kita menghadapi masalah ini ? Jika tidak,apa pun petua yang akan dikemukakan nanti langusung tidak ada kesan kalau kita masih ingkar terhadap perintah Allah.
2. JAHIL
Jahil maksudnya tidak ada ilmu dalam selok - belok perniagaan,tidak tahu teknik dan kaedah berniaga,tidak mahu belajar,tidak mahu berbincang dan tidak mahu mengikuti jejak langkah orang yang berjaya dalam perniagaan. Maksudnya,walaupun sedar kita tidak tahu tapi masih tidak bertanya tidak mahu belajar.
3.BODOH SOMBONG
Orang yang bodoh sombong lebih teruk daripada orang jahil. Bukan sahaja tidak mahu bertanya,malah apabila ditegur atau apabila orang lain memberi pandangan,dia marah,kecil hati ,ambil hati dan sombong. Tidak mahu menerima pandangan orang lainwalaupun pandangan itu sangat baik dan bernas tetapi oleh sebab dia ada (kononnya ) harga diri atau ego dan sombong,dia enggan dengar.
4. TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU
Ada orang yang sudah mendengar nasihat atau seidah ada ilmutetapi masih lagi tidak beramal dengan pengetahuan itu. Kalau beramal pun masih tidak istiqamah ( tetap,berterusan).
5. MATLAMAT TIDAK JELAS
Ada pula orang memasuki dunia perniagaan dengan matlamat yang sama-samar. Dia tidak jelas dengan skop yang diperniagakan.
Kecintaannya bukan pada perniagaan. Orang begini selalunya :
* Berniaga Kerana terpaksa ( untuk membayar hutang dan sebagainya )
*Mewarisi perniagaan keluarga,bukan perniagaan sendiri
*Membantu perniagaan suami atau isteri separuh hati
*Pengurus yang dibayar gaji
*Lemah minda dan tidak mampu mengikuti perkembangan perniagaan kontemporari.
*Tidak mampu membakar semangat diri sendiri.
6. KURANG ILMU
Antara ilmu yang perlu dilengkapi pada diri seorang usahawan ialah :
* Ilmu tentang perniagaan
* Ilmu tentang kemanusiaan ( People skill )
*Ilmu tentang kehidupan ( acquired knowledge )
*Imlu tentang keakhiratan ( revealed knowledge ).
Ilmu adalah sesuatu yang perlu dimiliki sepanjang hayat. Rasululah s.w.a. bersabda yang bermaksud :
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad . "
Ilmu perniagaan sendiri sentiasa berkembang dan berubah mengikut iklim dunia perdagangan, telekomunakasi, teknologi globalisasi dan tamadun manusia.
Bagi umat islam, aktiviti perniagaan hanyalah jambatan yang merentasi alam maya ini untuk menuju ke alam akhirat.
7. SILAP KAWAN
Ramai usahawan trjerumus ke alam kegagalan kerana kawan. Spatutnya kawan menyokong usaha kita jika tidak pun membantu. Tetapi jika sokong pun tidak,malah menjatuhkan kita maka bolehlah dikatakan;
" harapkan sokong,sokong membawah rebah."
Oleh sebab itu,menentukan lingkungan kawan (circle of friends ) sangat mustahak. Kawan yang tidak membantu boleh membantutkan usaha anda.
8. JIWA RAPUH
Jiwa yang rapuh mudah patah semangat.
Sebab-Sebab Jiwa Rpuh
* Penyakit kronik
* Tekanan
* Tiada sokongan ahli keluarga terdekat
* Hilang keyakinan diri
* Perniagaan merosot
* Kehilangan orang yang disayangi
9. NAK CEPAT KAYA
Inilah sifat orang tamak, Pantun Melayu menyebutkan :
Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Orang tamak selalu rugi,
macam anjing dengan bayang-bayang.
Berapa ramai usahawan yang mengeluarkan simpanan mereka , malah ada yang mengeluarkan wang KWSP untuk melabur dengan skim cepat kaya yang berselindung di sebalik pelbagai nama dan akhirnya kerugian besar.
Tahukah anda sebuah negara di Eropah pernah jatuh muflis (bankrap ) kerana bank negaranya membuat pelaburan di dalam skim cepat kaya tajaan sebuah negara besar. Siapa yang mengaut wang sejumlah yang besar ini ? Mereka ialah penganjur skim cepat kaya itu sendiri di internet.
Di Malaysia kerajaan menyedari hakikat ini dan cepat-cepat mengharamkan serta menutup tidak kurang dari[pada 66 laman web agensi skim cepat kaya pertengahan tahun 2006. Antara yang diharamkan ialah Swiss Mutual Fund, Win Li Fund,ABFund,al-Arabic Fund,ABB Fund, Asia Wallet,Buy-e-barrel.Dana Futures,Empay,Eura America Index,Fical ,Euk Gold,Jai Network system dan lain-lain lagi.
Jika tidak , kerugian yang lebih besar akan dialami apabila sebahagian besar simpana peribadi,harta benda,saham,malah simpanan kerajaan dikeluarkan dan dibayar kepada agen skim cepat kaya tersebut yang beroperasi secara online dan tidak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan. Malah meeka tidak dilesankan dan tidak diknakan cukai oleh kerajaan.
Ke mana mereka pergi selepas di haramkan di Malaysia ? Sekarang mereka sedang menyerang negara-negara lain khususnya negara ketiga yang miskin yang mana ramai orang mahu cepat kaya !.
Lihatlah, apabila fobia kerugian skim cepat kaya ini reda nanti,mereka akan datang menyerang semula,mungkin dengan nama yang berlainan untuk mngaut keuntungan segera basi pusingan yang entah ke berapa kalinya !.
10. ADA SIFAT IRI HATI
Sifat iri hati ialah sifat mazmumah yang merosakkan diri. Iri hati boleh menyebabkan persaingan yang tidak sihat, berlaku boikot-memboikot, mengadu domba,black mail,berpuak-puak dan tidak bersatu hari. Kalau ada persatuan,persatuan akan pecah. konsortium perniagaan tidak akan berfungsi. kekuatan strategi perniagaan tidak dapat dipertahankan. Akhirnya semua peniaga akan rugi.
11. SIFAT MALAS
Malas ialah seperti ular. Apabila dapat makanan, dia akan tidur hingga perutnya lapar semula. Sifat malas berpunca daripada malasnya minda berfikir dan bekerja keras.
Ada juga yang beranggapan seperti kata pepatah melayu :
"Rezeki secupak tak jadi segantang"
"Ulat di dalam batu pun dapat makan."
Hakikatnya kita tidak tahu apa yang tertulis sejak azali lagi di Loh Mahfuz tentang rezeki,jodoh dan kematian kita. Tetapi Allah berfirman dalam surah al-Ra'd ayat 11 yang mengatakan bahawa Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang akan mengubah apa yang ada pada diri mereka.
12. KURANG USAHA
Kurang usaha disebabakan oleh kurang gesaan,cabaran dan motivasi diri. Matlamat kurang jelas juga menyebabkan kurang usaha. Prang yang berjaya sentiasa meningkatkan usaha. Antara sebab orang yang kurang usaha ialah :
* Selesa dengan apa yang ada
* Menganggap diri sudah berada di dalam zon selamat (comfprt zone ).
* Tidak ada tanggungan seperti isteri dan anak-anak.
* Putus harapan
* Faktor Usia
* Faktor kesihatan

This entry was posted
on Wednesday, June 02, 2010
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments