Strategi 7 Bar  

Posted by azed

Startegy 7 Bar digunakan untuk mengetahui bila masa yang sesuai untuk open position, bilamana EMA 3 sudah bersilang dengan EMA 30.. Time Frame yg paling sesuai adalah 1H.
 

Peringatan ..... strategi 7 bar BUKAN teknik ..... dan bukan pula rules yang rigid untuk ikut 100%. Mana ada forex yang 100% tepat ikut rules .... yang ada hanyalah pasaran yang amat volentile .... naik-turun dengan cepat mengikut supply and demand.

Untuk memahami strategi 7 Bar, kita kena pakai TF 1H ... sebab strategi ini adalah untuk intraday trading. Pair pulak .... boleh guna GJ atau GU. Nak guna EU pun boleh .... tapi pengalaman saya dengan EU, ia agak sentimental kata orang ...... walau macam mana pun, saya nak ulang kembali .... Strategi 7 bar bukan teknik, tetapi hanya suatu pedoman sahaja ...

Anak kunci utama da rakan karib kita adalah TREND. Faktor trend ni, kala kita kuasai .... pasti kalau labuhkan 10 pancing .... 8 pancing pasti dapat ikan punya .... namun .... nak kena cari tang mana lubuk ikan juga ... letak pancing tang tak dak ikan .... habis masa .... silap-silap ... bukan silap malah dah selalu pun ... umpan di pancing habis, ikan tak dapat, masa habis banyak dan perut pulak lapar.....

TREND ...... selalunya (bukan setiap kali ye ...) trend harian untuk satu-satu hari, kalau ia bermula hari tu, ia akan bertahan selama 7 jam sahaja. Tujuh jam bermakna tujuh bar, sebab TF 1H, satu bar bermakna 1 jam. Kalau trend tu kuat lagi ..... dia akan pi ke maksimum 12 jam. Selalunya tak sampai 12 jam aih ..... 6-8 jam, dia akan reverse balik (bertukar arah).

Dalam pengalaman saya, saya dok perati, kalau daripada keadaan market sideway ..... selepas market sideway yang panjang, trend akan yang kuat akan berlaku. Kuat-kuat pun trend, dia boleh pi lazimnya 7 bar je .... selepas bar yang ke-7, dah wujud tanda-tanda sama ada pasaran nak slow jadi side way atau pun tnak berpaling arah. kalau kuat sesangat .... trend boleh pi hingga 12 bar iaitu 12 jam. Selepas itu side way atau bertukar arah. Katakan market tak bertukar arah tapi nak terus lagi ..... lazimnya ia sideway dulu sebelum sambung trend. Ataupun selepas 7 bar .... pasaran akan berlaku reversal ....... (tapi tak kencang) ...... nak amik angin kata orang ..... then dia hembus kembali mennyambung trend nya yang asal.

Kalau anda guna fibo .... pasti anda nampak .

Untuk nak cam tanda-tanda pasaran berpaling arah, saya sertakan satu link (click) . Kat site tu, anda perlu download ebook yang menceritakan bagaimana nak belajar mengenali trend dan price action.

This entry was posted on Tuesday, June 29, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments