Berapa banyak kah strategi-strategi utama dalam forex trading?
Mungkin ada berdozen strategi forex di luar sana. Tetapi apa yang kita ingin fokuskan adalah pada strategi utama atau strategi dasar. Dari stategi dasar, kita boleh mengembangkan nya kepada strategi yang lebih mantap dan berkesan. Untuk mencipta suatu strategi yang hebat, semua nya adalah bermula daripada IDEA. Think!
Sifat semulajadi forex market:
Semua benda di dalam alam semesta mempunyai sifat semulajadi. Begitu juga pasaran matawang (forex market). Dan begitu jugalah setiap matawang (currency) dalam forex market. Sebagai contoh, GBP/JPY sentiasa bergerak pantas, dan jarak alunan nya lebih panjang berbanding matawang lain, lebih kurang 100 pips dalam suatu hari atau pun satu jam. EUR/USD dan GBP/USD pula lebih suka tidur di waktu siang dan menari-nari di waktu malam. AUD/USD dan NZD/USD pula boleh disifatkan sebagai kembar. Mereka biasanya bergerak ke arah yang sama, kalau satu pergi ke utara, yang satu lagi agak keberatan untuk pergi ke selatan. Tetapi EUR/USD dan USD/CHF boleh digambarkan sebagai musuh. Bilamana satu diantara mereka terbang ke angkasa umpama belon hidrogen, musuhnya pula menjunam ke bawah umpama bola baling. Begitu lah seumpamanya.
Apabila kita telah berjaya menemui sifat market yang sebegini rupa, kita akan mendapat satu idea untuk membangunkan strategi untuk sesuatu matawang tertentu, dengan mengikuti sifat semulajadi nya, meramalkan arah pergerakan matawang tersebut dan julatnya. Kemudian, kita akan mampu mencipta suatu strategi trading dan sistem.
Diantara stategi yang utama:
A. Fundamental Trading
Dalam forex trading, kebanyakkan penganalis professional biasanya menggunakan satu kaedah untuk meramalkan masa hadapan pasaran matawang yang dikenali sebagai Fundamental Analysis. Berdasarkan kaedah ini, mereka akan membangunkan lebih banyak strategi untuk berdagang forex. Stategi tersebut adalah untuk meramalkan pergerakan harga sesuatu matawang pada masa hadapan berdasarkan ekonomi, politik, keadaan semasa dan beberapa faktor lain yang terlibat dan statistik yang mempengaruhi permintaan dan penawaran atau apa-apa yang berkaitan dengan matawang tersebut.
Sekiranya anda ingin mencuba Fundamental Trading, anda perlu belajar dan memahami perkara yang berkait rapat dengan kewangan. Sebenarnya bukan saja bidang kewangan, anda perlu berminat untuk mengetahui banyak perkara yang berlaku di dunia ini termasuklah politik, ekonomi, geografi, budaya, diplomasi, mahupun hal ketenteraan. Anda juga kena belajar tentang elemen teras yang mempengaruhi ekonomi sesuatu negara atau entiti. Sebagai contoh, apabila GDP(Gross Domestic Products) USA atau Employment report adalah kuat, anda akan melihat dengan jelas, kesihatan ekonomi Amerika pada tahap optimum. Jadi, US dollar akan lebih kukuh berbanding matawang lain. Tetapi sejauh mana US Dollar boleh pergi? Fundamental Trading bukanlah jawapan yang paling tepat untuk soalan ini. Anda kena mencari peralatan yang lebih tepat bagaimana untuk menterjemah informasi di atas kepada entry dan exit point untuk strategi trading tertentu.
B. Hedging
Di dalam bidang kewangan, hedging adalah suatu pelaburan yang diambil kira untuk mengurangkan risiko dalam pelaburan yang lain.
Di dalam forex pula, ada dua jenis strategi hedging yang sama:
1. Traditional Hedging
Buy dan sell matawang yang sama, lot yang sama dan pada masa yang sama. Biarkan ia bergerak sendiri. Bila satu daripadanya bergerak ke utara, satu lagi akan bergerak ke selatan. Tutup position salah satu yang sudah profit, dah tunggu hedging yang negative tadi menjadi positive, dan close. Dalam keadaan market yang yo-yo, kaedah ini amat berkesan.
Sebagai contoh, buy 2 lot GBP/USD pada 2.0003, pada masa yang sama sell 2 lot GBP/USD pada 1.9997. Apabila GBP/USD mencecah 2.0053, tutup position buy order dan ambil profit 50 pips. Sekarang sell order drawdown pada 50 pips. Tunggu GBP/USD jatuh, biasanya akan bergerak ke bawah dalam keadaan market yang yo-yo.
Jika GBP/USD jatuh sehingga 2.0037, tutup sell order, sell order akan loss 40 pips. Jangan lupa kita ada profit 50 pips dari buy order tadi. Keseluruhannya, kita akan mendapat profit 50-40 = 10 pips. Sekiranya GBP/USD makin jatuh, katakan pada 2.0027, kita boleh ambil 50-30 = 20 pips etc.
Sesetengah orang meragui, bukankah ini strategi hedging flat yang kosong, dan perlu membayar double spread? Biarkan mereka dengan pandangan mereka. Mungkin mereka juga betul, sebab kita belum menyatakan point yang penting: timing of closing order. Bila perlu menutup order yang positive untuk setkan satu foundation dan bila perlu menutup order yang negative untuk lock profit, ada beberapa trick di dalam nya. Trader yang berpengalaman menggunakan skil teknikal analysis untuk menentukan masa yang tepat untuk buka dan tutup order. Percaya atau tidak, trader yang berpengalaman menganggap kaedah ini sesuai untuk menentukan false signal yang keluar.
Strategi Yo-Yo Hedge ini boleh digunakan di mana-mana matawang.
2. Correlation Hedging (Semi-Hedging)
Buy (atau sell) satu matawang pada jumlah lot yang berbeza, dan buy matawang lain pada kuantiti yang berbeza yang biasanya bergerak pada arah yang bertentangan. Kaedah ini kelihatan sebagai Semi-Hedge strategy. Ia dicipta berdasarkan konsep "Correlation" diantara sesetengah matawang tertentu. Jadi ianya tidak sesuai untuk sesetengan matawang lain.
Sebenarnya, kaedah ini ada nilai tambah yang lain: earning swap. Anda akan dapat daily interest daripada position yang anda hold yang boleh mencecah 50% daripada keseluruhan baki akaun anda.
Ada beberapa jenis pair yang boleh diaplikasikan untuk kaedah ini. Contohnya EUR/USD vs USD/CHF, GBP/USD vs USD/CHF, AUD/USD vs NZD/USD, EUR/JPY vs CHF/JPY, GBP/JPY vs CHF/JPY.
Kita ambil EUR/USD vs USD/CHF sebagai contoh.
Pair ini secara sejarahnya akan bergerak secara bertentangan, dalam istilah forex: negatively correlative pada 93-98% dalam kebanyakkan masa. Kalau EUR/USD naik ke atas, USD/CHF pula turun ke bawah, vice versa, mencecah 98% pada kebanyakan masa. Sekiranya anda mempunyai akaun ber-leverage tinggi (400:1 atau 500:1), anda mampu mendapat sehingga 50% swap interest dalam satu tahun. Bagaimana? Katakan anda ada $5k dalam akaun dan setkan 10% risk margin. Sekiranya interest bersih tahunan yang kita dapat adalah 1.25%, interest 1.25% ini akan meningkat sehingga 50% setahun dengan leverage 400:1.
Ini belum lagi mengambil kira keuntungan dari buy low/sell high.
Tetapi, sekiranya kaedah hedging ini tidak menjadi, maknanya "Correlation" sudah tidak wujud lagi diantara pair tersebut. Contohnya, correlation jatuh pada 50% atau lebih rendah, akan berlakulah malapetaka.
C. Arbitrage
Sesetengah trader menganggap Arbitrage trading sebagai strategy tanpa risiko. Sesetengah pula menganggapnya sebagai trick, seperti kita melihat seekor kucing yang cuba menguis seekor ikan yang dipanggang di unggun api. Secara teori, risiko adalah minimum. Saya akan memperkenalkan tiga jenis strategi Abritrage trading di sini:
1. Triangle Arbitrage
Cuba anda cari pair yang biasanya bergerak pantas (seperti EUR/USD dan USD/JPY), price untuk pair yang bergerak lebih perlahan seperti EUR/JPY akan dapat ditentukan dengan mendarab (atau membahagi, etc) price pair yang bergerak pantas (EUR/USD dan USD/JPY).
Jadi, sebagai contoh, jika price EUR/USD pada 1.4871 dan USD/JPY pada 108.24, secara logik nya price EUR/JPY adalah pada 1.4871 x 108.24 = 160.96. Tetapi, pada masa yang sama, anda akan melihat price EUR/JPY adalah pada 160.90, ketinggalan 6 pips di belakang.
Pair yang bergerak perlahan biasanya akan ketinggalan di belakang logical price (hasil daripada price pair yang bergerak pantas). Anda akan melihat peluang untuk membuat keuntungan daripada konsep logical price tadi.
Secara praktikal, matawang di-quote dengan bid dan ask spread. Jadi trader mesti berhati-hati bahawa dia sebenarnya buy pada quoted ask price, dan sell pada quoted bid price. Kos transaksi selain spread, seperti komisen juga perlu diambil kira dimana ia boleh menjejaskan strategi makan free ini. Trader perlu memilih broker yang mempunyai pip spread yang rendah untuk triangle pair tersebut dan zero comission trading.
2. Hedging Arbitrage
Teknik ini adalah yang paling selamat, dan merupakan teknik hedging yang paling menguntungkan disamping menetapkan risiko pada kadar yang minimum. Teknik ini menggunakan arbitrage roll over interest rates (swap) di antara dua broker yang berlainan.
Salah satu broker yang membayar atau mengecaj roll over interest (swap) di penghujung hari, dan broker yang kedua tidak membayar atau mengenakan caj swap pada sepanjang masa. Sekarang ada banyak broker memperkenalkan swap free akaun. Idea utama disebalik Hedging arbitrage ini adalah untuk membuka posisi trade anda pada currency yang mengenakan rate swap yang tinggi seperti GBP/JPY di dalam broker yang membayar swap interest yang tinggi di penghujung hari. Dan pada masa yang sama, anda membuka reverse position pada broker yang tidak mengenakan swap untuk membawa trade anda ke hari berikutnya.
Dengan cara ini, anda akan dapat mengumpul interest atau swap positif yang dikreditkan ke dalam akaun anda. Tak ada risiko.
3. Netting Arbitrage
Idea utama disebalik Netting arbitrage adalah perbezaan diantara cross rates (seperti EUR/USD, GBP/USD dan EUR/GBP) dalam market yang berbeza.
Sebagai contoh, anda membuka position seperti berikut:
1. Buy 1 lot EUR/USD pada price 1.4867
2. Sell 1 lot EUR/GBP pada price 0.7591
3. Dan sell 0.76 lot GBP/USD pada price 1.9586
Rahsia nya adalah pada nilai lot dan open price pada position GBP/USD.
A. 0.76 lot trade GBP/USD adalah diambil dari 0.7591 price pada EUR/GBP
B. 1.9586 open price trade GBP/USD adalah hasil bahagi price EUR/USD dan EUR/GBP (1.4867/0.7591 = 1.9586)
Netting tadi akan memberikan anda keputusan trade seperti di bawah:
Buy EUR dari pair pertama dan sell EUR pada pair kedua memberikan result zero exposure pada EUR.
Buy GBP dari pair kedua dan sell GBP pada pair ketiga juga memberikan result zero exposure pada GBP.
Sell position dari pair pertama ($148,670.00) pada USD dan buy position pada pair ketiga (195,860.00*0.76) pada USD memberikan anda profit sebanyak $183.60 tanpa open position dan exposure.
Senang? Tidak kepada small trader, mungkin senang bagi big brothers sahaja. Kerana agak susah dengan mengambil kira faktor spread, slippage, stop-loss hunting dan pelbagai peraturan yang dikenakan oleh broker.
This entry was posted
on Sunday, June 06, 2010
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Archives
-
▼
2010
(48)
-
▼
June
(10)
- Forex Trading Tool: The Three Trendline Strategy
- Strategi 7 Bar
- Stategi 3EMAs KuasaForex
- Trend Line
- Overlay Technic
- 7 Notes for Forex Hedging
- IDEA: Strategi TANPA INDICATOR dalam forex trading
- Punca Usahawan Yang Bermasalah
- Motivasi Diri : Langkah Awal Usahawan Terbilang
- Mengenal Pasti Ciri-Ciri Keusahawanan Di Dalam Diri
-
▼
June
(10)
sembang forex
Powered by Blogger.
Followers
About Me
  Forex Trading by DailyForex.com
By FxFisherman.com Forex Tools
0 comments