Motivasi Diri : Langkah Awal Usahawan Terbilang  

Posted by azed

kadang-kadang motivasi dalam diri ni pandai turun naik ..macam graf yang selalu kita tengok juga :-) lebih-lebih lagi bila mana kita seorang Usahawan Forex yang berniaga sepenuh masa..perlukan kekuatan dalaman dan semangat yang kuat...

Seperti saya juga...insan biasa yang tak lari dari masalah ni...kadang-kadang motivasi diri tu pandai turun naik juga...dan sebab tu saya gemar membeli buku-buku motivasi ni dan membacanya waktu cuti-cuti begini jika tak kemana-mana lah...dan menghadiri kursus-kursus Motaivasi juga jika ada kelapangan kerana dalam mencapai apa sahaja kejayaan,motivasi diri ialah suatu keutamaan. Seseorang itu tidak dapat mencapai cita-citanya tanpa motivasi dan inspirasi.

Jadi di sini sedikit untuk di kongsi bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan....yang bakal menjadi Usahawan suatu hari nanti...

FAHAMI ERTI KEJAYAAN

Langkah pertama yang perlu ditempuhi oleh usahawan ialah faham apa yang dimaksudkan dengan kejayaan yang ingin dicapai.

Kadang-kadang ramai orang tersasar dalam hidupnya kerana tidak faham apa yang dimaksudkan dengan usahawan yang terbilang atau apa yang dimaksudkan dengan kejayaan dalam keusahawanan.

Kita kata kita telah berjaya,tetapi berjaya itu apa? Adakah berjaya itu mendapat untung RM 200 ribu sebulan ? Atau menjadi jutawan yang mempunyai wang dan aset RM 200 juta dikatakan sebagai berjaya ? Dan apakah penghujung RM yang anda berjaya kumpul ?

Ramai orang kadang-kadang keliru dan tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan kejayaan. Kalau kita tidak pasti , takut-takut kita tidak tahu sama ada kita sudah berjaya ataupun belum.

SENTIASA FOKUS PADA MATLAMAT

Jika kita ingin berjaya menjadi seorang usahawan terbilang hendaklah sentiasa fokus pada matlamat di hadapan.

Apabila merasakan diri kita terpesong atau menyeleweng daripada matlamat asal, segerahlah memasuki semula trek atau rel laluan perniagaan kita. Hanya perjalanan yang menuju matlamat sahaja yang akan sampai kepada matlamat.

Jadi..matlamat tidak boleh kabur. Matlamat hendaklah sentiasa jelas dan terang.

MEYAKINI DIRI SENDIRI

Seorang usahawan yang hendak cemerlang dan menjadi terbilang haruslah mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Dia lebih yakin kepada dirinya sendiri daripada meletakkan pengharapan kepada orang lain.

Yakin kepda diri sendiri ini ialah seperti semangat hero yang dipaparkan dalam filem box office barat contohnya. memang kadang-kadang perkara yang dilakukan hero itu tidak masuk akal. tetapi dia yakin yang dia mampu melakukannya. Sebab itulah dia berjaya mengatasi semua rintangan .

Jika semangat keyakinan diri ini diterjemahkan kepada usahawa dalam melakukan perniagaan, nescaya seseorang itu akan mencapai kejayaan yang luar biasa !

Bagaimanapun , kejayaan diri hendaklah diukur daripada kejayaan kecil yang dikumpul dari masa ke semasa.

Sahabat-sahabat tidak boleh mengharapkan keajaiban berlaku semalaman . Ibarat seorang stunt yang meniti tali (high rope ) antara 2 buah bangunan yang tinggi. Tahukah anda bahawa dia telah berlatih meniti tali yang rendah ribuan kali tanpa terjatuh sekali pun !

KUATKAN DISIPLIN DIRI

Disiplin diri amat penting dalam perniagaan terutama di peringkat awal usaha. Usahawan yang berdisiplin hidupnya teratur. Ia tidak mudah menyeleweng kerana sentiasa berjalan di atas panduan yang ditetapkan .

Ia juga tudak mudah terpengaruh dengan godaan dan hasutan kawan dan musuh. Ia ada kekebalan tersendiri.

Usahawan yang berdisiplin mempunyai jadual harian yang telah ditetapkannya. Dia menepati masa. pada peringkat awal dia memang seolah-olah dikawal oleh jadual dan peraturan. Tetapi lama -kelamaan apabila telah menjadi darah daging, maka disiplin akan menjadi tabiatnya yang semula jadi.

Disiplin dan yakin merupakan dua prkara yang sangat berkaitan. Ada usahawan yang yakin dia boleh berjaya tapi tidak ada sisiplin. Usahawan seperti ini berjaya pada tahap awal perniagaannya. Tetapi dia akan kecunndang apabila perniagaan berkembang.

Kedua-dua yakin dan disiplin perlu berkembang dan seiring. nilailah diri sendiri . Kita perlukan yakinkan diri , insya-Allah kita akan dapat mencapai apa yang kita matlamatkan dan pada masa yang sama disiplinkan diri.

Semoga dengan adanya sedikit nota motivasi ini dapat menaikkan semangat kita yang kadang-kadang pandai hilang...dan sebagai panduan untuk kita bersama-sama dan jika ada masa kelapangan ...di waktu cuti saya akan menyambung balik untuk motivasi diri ini dan kalau boleh sahabat-sahabat juga rajin-rajin lah beli buku-buku motivasi ni juga...sebab bagus untuk diri kita yer.


This entry was posted on Wednesday, June 02, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments