Tabiat Pelabur Pertama : Membeli Berdasarkan Peraturan Yang Ketat Dan Tidak Emosional  

Posted by azed

Contoh yang dapat saya berikan di sini banyak kepada pelaburan dalam bidang saham tetapi ianya sama saja cuma sedikit berbeza dan boleh kita amalkan dalam apa jua jenis pelaburan yang kita buat termasuk berniaga dalam pasaran Matawang asing .

Semua pakar pelaburan membentuk sistem mereka sendiri bagi memilih, membeli dan menjual saham yang membolehkan mereka mendapat pulangan yang tinggi.

Sistem-sistem yang mereka gunakan itu melalui ujian masa yang membuktikan ia memang berkesan. Mereka sentiasa membeli dan menjual saham berdasarkan peraturan ataupun kriteria yang mereka tetapkan.

Misalnya, Warren Buffet hanya membeli saham sesebuah syarikat apabila ia menunjukkan keuntungan konsisten selama 5 tahun, mempunyai hutang yang kecil,mempunyai pulangan yang tinggi, memiliki kumpulan pengurusan yang cekap dan menjual sahamnya di bawah nilai sebenar.

Apabila sesuatu saham itu tidak memenuhi kriteria-kriterua di atas, beliau tidak membelinya.

Pelabur-pelabur yang berjaya tidak pernah membiarkan keputusan mereka dipengaruhi oleh emosi ataupun nasihat daripada orang lain. Contohnya , ramai pelabur berjaya memiliki peraturan tersendiri bagi menjual pelaburan mereka dan mengelak kerugian sebaik sahaja nilai pelaburan jatuh 10 hingga 20 peratus di bawah nilai belian.

Sebaik sahaja perkara ini berlaku, mereka segera menjualnya tanpa berfikir panjang. Merka tidak membiarkan perasaan takut ataupun ego menguasi diri mereka.

Cara ini juga kita boleh lakukan dalam perniagana Forex kita...andai kata kita tersilap..kita perlu berani "Cut Loss " ataupun meletakkan "Stop Loss " .

Sebaliknya , ramai pelabur biasa yang sering kerugian tidak mempunyai sistem. Mereka hanya membeli dan menjual mengikut pendapat dan nasihat rakan-rakan ataupun saudaramara yang berniaga dalam pasaran.

Keputusan mereka sering terdorong oleh emosi seperti rasa bimbang dan tamak.

Apabila mereka melihat harga saham meningkat , mereka terus membelinya walaupun saham itu tidak memenuhi kriteria saham yang menguntungkan. Apabila harga saham itu jatuh, mereka mengalami kerugian.

Seterusnya , apabila ada saham-saham mereka yang jatuh sebanyak 10 hingga 20% di bawah nilai belian,mereka enggan menjualnya, Mereka mengharapkan harga naik semula dan berfikir tidak mungkin jatuh lagi. Akhiranya apabila harga saham itu terus jatuh,barulah mereka menjualnya dan akhirnya..mereka rugi besar.

Begitu juga yang terjadi dalam pasaran forex, melalui pengalaman saya yang lepas-lepas ...saya langsung tidak meletakkan stop loss dan takut menghadkan kerugian dan berharap agar pasaran akan berbalik arah dan akhirnya kerugian yang sedikit menjadi banyak di sebabkan situasi begini.


Psikologi Dan Tabiat Para Pelabur Yang Berjaya  

Posted by azed

Buat sahabat-sahabat ...seperjuangan....bila menyebut saja bidang pelaburan..tak kira melabur dalam pasaran matawang..saham..komoditi dan lain-lainnya...apa yang membezakan di antara pelabur biasa dan pelabur berjaya adalah psikologi ataupun cara mereka berfikir.

Walaupun semua pakar pelaburan menggunakan strategi-strategi yang berbeza,mereka menmpunyai psikologi yang sama. Inilah yang menjadikan mereka berjaya.Antaranya ialah..

1.Membeli Berdasarkan Peraturan Yang Ketat Dan Tidak Emosional.

2.Mengakui Kesilapan.

3.Menjadi Pakar Dan Tidak Bergantung Pada Orang Lain

4.Apabila Tidak Ada Yang Hendak Dilaburkan,Jangan Melabur.

5.Bertanggungjawab 100 Peratus Atas Hasil Yang Kita Terima

6. Bersemangat.

7.Kurangkan Risiko Dan Maksimumkan Pulangan.


 

Posted by azed

FOREX,GBPUSD,WSSFXFOREX,EURUSD,WSSFX
FOREX,EURJPY,WSSFX
FOREX,GBPJPY,WSSFX