Teknik Mase News.....  

Posted by azed

Assalammualaikum w.b.t,

Saya dengan berasa suka citanya ingin menceritakan bagaimana pengalaman saya dalam trade news2 yang boleh mendapatkan hasil yang sangat lumayan. Semoga artikel ini dapat memberikan keterbukaan minda kepada anda dalam mempelbagaikan trading style kita. Namun, setiap trading style mempunyai risiko yang tersendiri. Begitu juga dengan teknik news ini. Risikonya tersangat tinggi, tetapi pulangannya juga sangat lumayan dalam sekelip masa. Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri untuk mencorakkan teknik-teknik tersebut.

Ok, tanpa buang masa saya akan cuba terangkan seringkas mungkin agar anda faham dengan cepat cara untuk trading news ini.

Kenapa trade news?
Kerana news dapat memberikan kesan impak serta merta dalam market forex. Kita dapat lihat contohnya news yang menjadi sebutan orang ramai, NFP. Jika kita lihat jam 8.30malam setiap jumaat pertama dalam setiap bulan kita akan dapati pergerakan forex sangat laju. Terutamanya jika kita dapat lihat pada candle M1 (Timeframe M1), pergerakannya boleh bergerak melebih 40pips hanya pada 1 candle M1 sahaja. Jadi disini, kita boleh mengambil peluang untuk mengambil pips-pips ini dalam jumlah yang banyak tetapi dalam masa yang singkat mungkin dalam satu hingga 5 minit sahaja. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui bagaimana cara trade news.

Bagaimana caranya untuk trade news?
Alhamdulillah, kita terus ke point asal. Sebelum kita trade news, kita perlu mengetahui terlebih dahulu apakah jenis news forex yang boleh kita trade. Dalam sebulan dianggarkan terdapat lebih 10-20 news yang sangat berpotensi untuk kita trade secara selamat.

Ok, kita ketahui dahulu senarai top news forex:

1. NON FARM PAYROLL
2. TRADE BALANCE
3. INTEREST RATE STATEMENTS
4. DURABLE GOOD
5. PRODUCER PRICE INDEX
6. PPI excl. FOOD AND ENERGY
7. CONSUMER PRICE INDEX
8. CPI excl. FOOD AND ENERGY
9. TRICHET, BERNANKE, & FUKUI SPEAKS
10. UNEMPLOYMENT RATE

Nanti saya akan jelaskan lebih lanjut mengenai setiap news secara terperinci. Strategi utama kita sekarang ialah HANYA memilih news yang berpotensi untuk di-trade. Bagaimana kita nak tahu news tersebut berpotensi tinggi untuk di-trade? Caranya:

Langkah 1
Layari laman web Forex Peace Army.

Langkah 2
Lihat pada kolum "Impact", cari news yang mempunyai bintang 4 atau 5 (Bintang 5 adalah news yang sangat mempengaruhi pasaran).

Langkah 3
Selepas itu lihat pada bahagian kolum "More" selari dengan nama news berbintang 4/5 itu dan klik pada History for event .

Langkah 4
Akan terpapar satu window baru dan menunjukkan detail event untuk news pada tarikh sebelumnya. Pilih salah satu tarikh dan klik pada sebelah kanan "Chart for event..."

Langkah 5
Lihat pada chart tersebut. Dan kita nilaikan sendiri candle pada TimeFrame M1 tersebut, adakah pergerakannya melebihi 30 atau 40pips pada 1 candle sahaja (katakan news pada jam 8.30, kita perhatikan candle M1 pada jam 8.30 juga). Jika ya, bermakna news ini mempunyai potensi yang agak tinggi untuk kita trade dengan selamat. Sebaliknya, kita tidak perlu trade news tersebut dan kita cari news yang lain.

P/S: Kalau pergerakan candle tu bergerak sehala (Buy atau Sell), memang rezeki kita mencurah-curah Very Happy

Apakah strategi kita untuk menawan news yang berpotensi tinggi?
Syukur Alhamdulillah, akhirnya kita sampai ke tahap bagaimana cara nak masuk trade news. Pada umumnya, strategi kita adalah trade ketika result news telah diumumkan. Sekiranya result adalah baik untuk ekonomi negara tersebut, maka kita akan ambil posisi BUY untuk currency tersebut. Sebaliknya kita ambil posisi SELL. Tetapi mungkin agak mustahil bagi kita untuk masuk posisi BUY/SELL memandangkan sekiranya kita sudah mengetahui result news tersebut, mungkin kita telah terlepas dari mendapatkan pips yang banyak kerana market telah bergerak jauh dikala result news diumumkan. Jadi untuk mengatasi masalah itu, kita perlu membuat Pending Order Buy Stop dan juga Pending Order Sell Stop 5minit-1minit sebelum news diumumkan. Tujuannya adalah sekiranya news tersebut baik untuk ekonomi negara tersebut, maka kita dapat lihat BUY untuk currency tersebut. Katakanlah news Australia Rate Decision, sekiranya result news adalah bagus untuk ekonomi Australia, maka kita dapat lihat pergerakan pips naik lebih tinggi dan kita mengambil posisi BUY. Dengan terpasangnya PO BUY STOP, automatik harga akan mengena pada PO BUY STOP kita. Untuk Sell Stop yang tidak terkena itu, kita perlulah DELETE dengan segera. Untuk Take Profit dan Stop Loss, itu terpulahlah kepada setiap individu untuk meletakkanya. Saya akan beritahu kemudian bagaimana kita dapat mengagak Take Profit dan Stop Loss.

Saya yakin mungkin anda akan tertanya-tanya adakah sempat untuk kita membuat Pending Order Buy Stop dan Sell Stop 5minit-1minit sebelum news itu. Untuk memudahkan trading anda, saya akan berikan script untuk membolehkan kita membuat Buy Stop dan Sell Stop hanya pada 1 klik sahaja. Dengan adanya script tersebut, kita hanya perlu masukkan berapa banyak Take Profit pips yang kita mahukan, jarak pips dari harga pasaran semasa, Lot, dan juga Stop Loss. Nak tahu tips rahsia kejayaan saya lagi? Saya siapkan setting script tersebut lebih awal (Masukkan Stop Loss, Lots, Take Profit, Distance price) dan pada 20 saat sebelum news diumumkan, saya hanya perlu tekan butang OK script tersebut. Selepas itu Pending Order Buy Stop dan Sell Stop akan dibuat sendiri, sekiranya salah satu PO dah terbuka, kita delete PO yang lagi satu (PO yang belum dibuka).

Namun begitu, strategi saya ini hanya sesuai dilakukan pada broker yang laju saja. Contohnya ialah IKO-FX dan FBS. Ini adalah kerana sekiranya broker tersebut lambat (Saya tidak kata mana-mana broker yang lambat), berkemungkinan sekiranya kita ingin Close Profit pada waktu harga tengah bergerak laju, mungkin akan makan masa sedikit disebabkan REQUOTE. Jadi terpulanglah kepada anda untuk memilih broker yang mana.

Hanya trade beberapa hari sahaja sudah mendapat profit yang melebihi dari jangkaan sebulan trading kita. Tetapi perlulah diingatkan bahawa trade news ini TIDAK SEMESTINYA profit berpanjangan kerana semuanya bergantung kepada result news. Sekiranya terdapat 2 news yang kuat dalam 1 masa, ini boleh menyebabkan pergerakan yo-yo (naik atas dan turun bawah) jika 1 news tersebut baik untuk ekonomi negara dan 1 lagi news bad news untuk negara tersebut. Jadi terpulanglah kepada kita untuk mengatur strategi Money Management kita. Pastikan Stop Loss itu sentiasa ada untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Download script PukatNews:
http://hotfile.com/dl/75423613/b2648e9/PukatNews.ex4.html

Sekian terima kasih.
P/S: Doakan saya dimurahkan rezeki Very Happy

This entry was posted on Tuesday, October 12, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

3 comments

Terima kasih atas panduan yg diberikan.
Cuma link untuk download dah tak wujud ke..

Terima kasih atas panduan yg diberikan.
Cuma link untuk download dah tak wujud ke..

Salam.tq atas pekongsian di atas.cuma saya ada satu soalan.macam mana cara pemilihan pair. Contoh usd high impact.sy pilih pair usd cad.namum tiada movement. Sbelum ni sy guna pair yg sama.hasilnya memberansangkan.terima kasih