Relative Strength Index Re-defined
by Meet Joe Black
Cut your losses and let your profits run?
Trade what you see, not what you think?
Dua falsafah yang biasa kita dengar dari professional trader. Tetapi bagaimana kita nak mengaplikasikan “advice” tersebut dimana perlaksanaan nya tak semudah itu.
Saya ingin berkongsi satu system yang simple tetapi berkesan dan boleh memberi profit yang konsisten. Setakat ini, indicator yang saya gunakan cuma RSI saja. Sebelum itu saya nak kupas sedikit tentang kegunaan RSI. Bagi pendapat peribadi saya, RSI sesuai digunakan untuk trading momentum dan breakout. Sekiranya anda guna Period 14 dan 21, level pada 40-50 menunjukkan keadaan market sideway dan range-bound. Level 70 dan 30 menunjukkan market dalam keadaan strongly trending up dan trending down. Anda mungkin ada pendapat yang berbeza dan saya hormati nya.
Ramai trader yang gunakan teknik biasa untuk trade berpandukan RSI iaitu trade overbought dan oversold – buy pada RSI 30 dan sell pada RSI 70. Secara asasnya kita diajar macam tu. Tapi pendapat saya menyatakan teknik overbought/oversold itu bukan salah tetapi kurang tepat. RSI adalah Relative Strength Index sama fungsi nya dengan currency strength index/meter. Currency strength index menunjukkan strength/weakness satu currency sahaja manakala RSI menunjukkan kekuatan dan kelemahan dua currency yang digabungkan sebagai satu pair. Contohnya, bila EURUSD pada level RSI 70, maksudnya momentum uptrend adalah kuat dan EURUSD dalam keadaan strong. Jadi, kenapa mesti sell pada level 70? Melainkan market dalam keadaan range-bound pada semua masa.
Berbalik kepada system yang saya nak kongsikan dengan mengunakan RSI 14.
System ini sangat mudah dan senang diaplikasikan.
Apabila chart EURUSD buka new candle, pada TF 1H ke atas, entry dan exit berdasarkan keadaan di bawah:
I. Bila level RSI 14 lebih daripada 60 – LONG (buy)
Stop* apabila RSI 14 kurang daripada 50
II. Bila level RSI 14 kurang daripada 40 – SHORT (sell)
Stop* apabila RSI 14 lebih daripada 50
*Stop maksudnya kita tutup position sama ada loss atau profit.
Untuk lebih pemahaman, sila rujuk visual chart di bawah. Saya gunakan chart Daily sebagai contoh untuk kita melihat dari perspektif yang lebih besar.
Rules untuk trading system ini:
1. Gunakan Timeframe 1H ke atas, RSI 14 dan Candlestick chart. EURUSD adalah pair paling sesuai untuk teknik ini kerana ia trending smoothly.
2. Entry dan exit selepas new candle dibuka. Tidak digalakkan enter trade atau exit trade semasa candle masih belum complete (masih running). Tunggu sehingga candle baru dibuka.
3. Tiada pending order, pending TP dan pending SL.
4. Exit (stop loss dan take profit) berdasarkan rules I dan II. Sama ada position anda negative atau positif, rules kena follow.
5. Teknik ini boleh digunakan bila-bila masa tetapi tidak digalakkan trade semasa news atau spike yang besar. Kemungkinan berlaku false momentum dan breakout signal.
System ini telah ditest sendiri oleh saya. Saya percaya system ini akan menguntungkan untuk jangka masa panjang, bukan menjadi kaya secara overnight atau sebulan dua. Result dari bulan Januari 2010 – August 2010 seperti di bawah. Result itu adalah net profit/loss setelah ditolak-tambah semua keuntungan dan kerugian pada pair EURUSD saja:
January - +144 pips
February - +248 pips
March - +349 pips
April - +80 pips
May - +371 pips
June - +112 pips
July - +293 pips
August - +73 pips
Setakat ini, no losing months. Untuk bulan ini (September 2010) masih dalam net profit.
Biggest profit on single trade dan consecutive profits = 511 pips dan 5 consecutive profits
Biggest drawdown on single trade dan consecutive losses = 106 pips dan 5 consecutive losses.
Win/Loss ratio adalah lebih kurang 1:1 dan Profit/Loss ratio adalah hampir 3:1.
Ratio ini adalah kunci kepada keberkesanan system ini.
Nota ringkas:
1. Saya gunakan TF 1H dan saya cadangkan TF 1H, 4H dan Daily. Pair adalah EURUSD.
Makin besar TF, makin besar TP dan SL anda. Anda boleh pilih timeframe berdasarkan kesesuaian anda sendiri.
2. Bagi trader yang target beratus pips sehari dan beribu pips sebulan, maka system ini tidak sesuai untuk anda kerana system ini direka untuk mendapatkan keuntungan yang munasabah dan konsisten dalam jangka masa panjang.
3. System ini sesuai untuk pair yang trending smoothly seperti EURUSD dan tidak sesuai untuk pair yang ranging dan banyak spike/whipsaw.
4. Saya mengalu-alukan penambah-baikan tetapi tiada averaging, scaling down, scaling up dan martingale perlu dibincangkan sehingga ada perubahan diberitahu. Penambah-baikan adalah pada RSI period, RSI level, trailing SL, filter kepada false signal dan mana-mana indicator atau teknik yang boleh meminimumkan drawdown dan eliminasi false signal.
5. Saya juga mengalu-alukan coder MQL untuk mencipta EA berdasarkan panduan entry-exit dan rules yang saya tetapkan di atas.
System requirements and specifications as follow:
1. Relative Strength Index (Period 14 days)
2. Timeframe 1H and longer
3. Candlestick on EURUSD
4. 1000 usd Deposit with 1.00 lot equal to 1.00 usd. You may adjust your deposit and lot trade accordingly.
5. Discipline, patience and determination.
0 comments