Sebelum tu nak bincang tentang trading Hari Jumaat...
Bagi saya kalau nak trading hari jumaat its not Gud idea...kalau dah ada floating tu minggu lepas..tak pe la..suke hati nak simpan atau tak...tapi kalau rasa pukul 1 pagi hari sabtu tu...masih nak OP...baik lupekan je la....
Pergi la tdo...jgn buang masa depan PC...Market nak Close tu...trader2 semua nak tdo...dan rest...
Trader lain Rest korang pulak OP..memang la Loss...nasib baik hari isnin Propit kalau Loss?...ingat ape main tikam judi teka teki? sah,bukan forex trader....ni kaki judi tegar namanya...
Bila semua trader sell kita sell...bila semua trader take profit,kita take profit...bila trader nak buat keputusan kita tunggu...dan jika trader semua rest,kita rest la...yg nak OP jugak kenapa...?? kan dah sabtu ahad macam org berak kapur...fikir pasal float yg akan loss atau popit...buang masa je....
ok..mari kita terus ke tajuk. " KEGAGALAN MEMBUAT ANDA LEBIH DEKAT DENGAN KEJAYAAN"
Anda semua telah cuba bermacam2 cara dan berbeza2 sistem..indicator,robot,dah tukar TF...dah tgk news...dah pergi kelas 100 kali...dah cari GURU....dah cuba bertapa depan PC 10 hari tak mandi...dan tenung chart..dah tarik line smpai penuh mt4 tu...tapi?
tidak berjaya juga...
Ini semua hanya kerana anda ingin mencari cara bagaiaimana untuk dapatkan sistem yg sempurna.
Sebenarnya bila anda mencuba perkara diatas terutamanya sistem yg mana tidak sesuai dan tidak langsung memberi kesan positif kepada anda...
Jangan anda fikir anda tidak boleh menggunakannya langsung atau membuat sistem itu berjaya...
Anda hanya perlu melihat cara yang lain untuk melakukanya dengan lebih baik dan cari jalan yg lebih senang. Carilah sistem yg lebih ringkas dan mudah di gunakan.
Bila anda telah menggunakannya dan mencubanya selama berbulan-bulan untuk mengkaji dan berlatih untuk mendapatkan duit melaluinya....
dan telah gagal...
jangan pula anda fikir bahawa FOREX itu tidak membawa faedah dan tidak boleh membuat duit melaluinya....
Patikan anda terus mencuba...bahawasanya perjuangan anda belum berakhir...kegagalan itu hanya sebahagian dari jalan untk berjaya...
Sebenarnya anda telah hampir kepada kejayaan..cuma anda tidak smpai lagi..atau anda tersalah arah...cari arah yg betul...teruskan perjalanan..setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaianya....Pastikan anda tidak mencari cari masalah baru selagi masalah lama belum selesai.
jangan give up...cuba lagi...try more...learn more...solve the problem....
Tiada kegagalan sebenarnya...Cuma anda telah jumpa cara yg salah dan tidak berkesan berulang2 kali shj...belum jumpa lagi...semakin hampir....walaupun gagal....sebenarnya anda semakin hampir...
anda sudah melakukan kesalahan beberapa kali dan anda still OP walaupun anda tahu yg anda sedang melakukan kesalahan yg sama. itu adalah masalah yg sering trader lakukan...kali kedua kesalahn di ulangi...kali ketiga? kali ke empat? semua ni boleh dinampak pada berapa kali anda depo sepuluh kali depo,sepuluh kali la anda ulangi kesilapan yg sama betul tak? contohnya mcm malas nak letal SL,malas nak Cut loss dan antara kesilapan yg sering dilakukan ialah bila anda selling above the support line and buying under the resistance lines.
so,jika anda jual di line support mungkin price akan menaik dan jika anda buy di line resistance kemingkinan price akan turun. anda perlu mempunyai asas mengenai line2 ini kerana ia adalah asas.
paling paling trader tegar lakukan kesilapan ialan NO STOP LOSS or dont know how to CUT LOSS...this kind of trader memang trader tegar+terjun...x tahu dan buat2 tak tahu pentingnya SL+CL....bila letak kata nanti takut kena SL,TAKUT?TAKUT? ish!...kalau trade ada perasaan takut&tamak mean u are not the real trader and u are never be trader.
jadi kesimpulannya? mengapa trader selalu melakukan kesilapan?
TAMAK DAN TAKUT....
Salam...pada traders sekalian mahu pun yg lama atau yg baru...perkara seperti tajuk diatas sering kali dilakukan...
adakah ia adalah satu kesilapan atau peluang?
sebenarnya tiada faedah pun jika kita simpan float terlalu lama...
kebanyakan semua post yg foat ni akan end dgn total loss dan berpunca dari kesalahan anda sendiri semasa membuat TA atau FA,yang pelik tu anda tidak Mengaku kesilapan anda dan ingin berlawan dgn market?? then akhirnya terjadilah! Float Position. dalan trading ini dinamakan? sebagai TAKUT atau lebih jelas PENAKUT.
Tak salah untuk simpan float,tapi kalau dah smpai 300pips ke 500 pips smpai 2 minggu...giler ke ape? padehal bila nak amik profit bukan 1000 pips pun tapi 10 ke 30 je....kadang2 tu...trade style scalp,patutnya satu hari dan close semua post..tapi ini dekat seminggu pegang post adess....asal penakut sangat???
takut balance kurang bila close? takut sampai la terHedging2??? takut smpai nak tdo pun susah? bagi saya kalau hedging atau biar float..memang la balace tinggi....tapi apa guna balance???
saya boleh buat balance puluh ribu,tapi semua float.nak buat apa??
yang penting JUMLAH EQUITY bukan BALANCE....sedarlah....sebenarnya,anda sedang lemas...mati secara perlahan2....last2 anda akan loss juga....
semua faktor diatas adalah kelemahan dari segi basic...
tiada R&R
tiada proper MM
tiada SL
Tak tahu bila Nak CUT LOSS
semua yg sepatutnya trader tahu dan praktikkan tapi anda tak follow....
bagi anda ini biasa,tapi bg sy ini adalah bala bencana..sebb ia berkenaan dengan DUIT.....
cuba bayangkan anda trade menggunakan modal 100 usd? anda total lost....esok depo pinjam duit orng,ada jugak yg tipu duit org...then lost lagi....bg sy okla...100usd je...
tapi bagi trader yg pro,nilai OP dia shj 1 pips dan 10usd...kalau perangai simpan2 ni mereka ada...berapa pula mereka float? 50k sekali float?
tak mungkin....mengapa simpan kerugian jika kita boleh buat keuntungan.....
jadi disini,memang tak mungkin trader pro akan simpan post lama2 kecuali yg long term style pegang smpai sebulan tapi bukan hedging la...dan equity pun beratus ribu,so??? u follow the pro or what?
anda fikir....5% or 95% ???
Adalah sgt berbeza TF dan TF yg lain....
antara yg paling perlu kita fokus ialah peluang entry yg sgt berbeza...
cuba buka platform anda;
cuba lihat TF 5minit dan TF M30 atau H1...
berapa bnyak peluang anda untuk entry post??
berbeza kan???
TF M5 ada 10 peluang dlm sehari
TF M30 ada 2>3 peluang shj dlm sehari
jadi fikirkan...
TRADE SMART.
trade secara pintar bukan melulu...
Anda nampak busy atau anda terlalu sebuk berkerja dan tenung screen sepanjang hari....emmm...
itu tak bermaksud anda sedang melakukan kerja....
kerana jika anda berkerja anda sepatutnya sedang melakukan sesuatu yg menguntungkan dan berjaya....
maksudnya ialah jika anda tening screen atau tgk chart forex tu sepanjang hayat pun jika anda tidak tahu apa anda tunggu..that mean anda bukan berkerja atau ber trading...tetapi "membuang masa"
bila trading pastikan anda tahu apa anda tunggu....
apa anda sedang buat...
whats the plan???
target??
mean u know what u do and what u waiting for....
not just wasting time...atau lebih teruk!! membuang DUIT....
FAHAMKAN MENGAPA TERJADINYA PERGERAKAN MARKET?? BUKAN NYA FAHAMKAN KENAPA INDI AKU NI TUKAR COLUR MERAH,HIJAU BIRU,PELANGI KENAPA ADA BULL?KENAPA ADA BEAR?? BUAT APA 2 BINATANG KAT CHART? GADUH KE?? KENAPA BULL MENANG?? KENAPA BEAR ASIK PUKUL BULL NIE...MESTI TANDA2 NAK TEMBUS SUPPORT NIE....
APA DAH JADI DGN SELLER? BUYER PERGI MANA? TENGAH TAKE PROFIT KE??
Apa kata kita Bincang mengenai Asas forex semula dan fokus kepada psikologi in trading??
Tak letih ke mencari formula dan teknik mahu pun sistem+indicator+robot dan ..... ada berjuta
dalam internet sistem yg boleh kita belajar praktikan dan ada banyak juga boleh buat profit
100% tapi semua tu tak berguna bila tiba ke live trading kan?? bila demo untung berjuta? tapi
bila real? hampeh...MC shj...
di mana puncanya??
orait mari kita terus kepada tajuk utama....” RISK AND REWARD RATIO”
R N R atau Risk And Reward Ratio...berapa ramai trader yang tahu?
boleh dikatakan semua trader tahu,dan ada juga yang tak tahu...
Tapi berapa ramai yang praktikan??
Kita semua tahu RNR penting dan asas dlm Forex,tapi tetap tidak menggunakannya....
Bila start Trade..fikir cuma nak Trade shj...tu yg MC tu....
RNR adalah wajib kita praktikan kerana ianya sebahagian daripada MM....dan sebagai trader
kita tidak boleh mengabaikan MM....
ok...mari kita lihat apa itu RNR...
RISK : jumlah duit yg mungkin kita loss
REWARRD : jumlah duit yg mungkin kita win profit
seperti yang kita tahu tentang MM "WE SHOULD NOT RISK MORE THAN 2-3% OF OUR
CAPITAL IN EACH TRADE"
So pastikan RISK tidak melebihi 2-3%...
Sebagai Trader kita perlu tahu berapa SL yang sepatutnya dan dari situ kita boleh manage
proper value pips yg sepatutnya....
sebagai contoh...
eur/usd
modal : usd 5000
setup SL : 80 pips
berapa nilai pips untuk open position??
NI FORMULA DIA...
EQUITY X 2% = RISK
2%/SL = VALUE PIPS
2%/VALUE PIPS = SL
SO: (2%/SL = VALUE PIPS)
5000 X 2% = 100
100/80 = 1.25 PER PIPS
So kita hanya boleh OP lot size 1.25 shj...
orait jika 80 pips SL hits so kita hanya akan loss 2% sahj iaitu 1.25 x 80 = usd 100 risk...dan
katakan kita letak TP 240 pips dan hits...
240 x 1.25 = usd 300 reward
jadi RNR Ratio untuk urusniaga ini ialah 100:300 = 1:3
senang kan?? tapi kenapa tak gunakan???
Rasionalnya RNR?
Sebagai trader kita perlu tahu yg trading juga satu perniagaan jadi perlukan modal dan risiko
seperti perniagaan lain juga...jadi tidak perlu kita set di minda yg kita perlu 100% win...
dalam forex tiada 100% win...
dalam 5% trader yg berjaya mereka semua loss tapi mereka tetap di kalangan trader yg
5%...kenapa....tidak seperti anda yg loss tetapi dikalangan 95% trader yg gagal...pelik kan??
Dgn penggunaan RNR shj kita pasti tidak akan depo lagi...
kenapa?
katakan anda tetapkan RNR 60:180 = 1:3
dalam sebulan anda trade sebanyak 30 kali dan loss sebanyak 15 kali iaitu 50% dari jumlah
trade...
60 x 15 = 900 pips loss
180 x 15 = 2700 pips win
2700 - 900 = 1800 pips..
anda tetap akan untung walaupun anda loss separuh dari trading anda....
akan tetapi jika anda tidak gunakan RNR dan amalkan disiplin trading...sy boleh katakan
seminggu anda dah depo lagi....
dengan disiplin tunggu signal baru trade..takkan dalam 10 kali trade anda loss semua??? tak
mungkin...dapat separuh pun jadi la...
orait selesai sudah tentang RNR esok boleh terus ke bahagian 2...
RUMUSAN FORMULA RISK AND REWARD RATIO:
FORMULA 1:
2%/SL = VALUE PIPS
-Khas untuk mendapatkan nilai pips setiap 1 pips.Atau lebih ringkas untuk dapatkan Nilai Open
Position.
FORMULA 2:
2%/VALUE PIPS = SL
-Khas untuk mendapatkan Nilai Stop Loss.
-Sesuai Untuk Trader Yang Tak tahu Cari Target SL tapi Cuma Tahu Berapa Boleh Rugi.
TIPS AND TRICK RNR
PERMASALAHAN:
-Aku selalu buka Post banyak...satu mana cukup??
-ala aku pulak TRade Pair Lain2 mana ada 1 pair je?
-Tak Feel La trade 1 post je..
PENYELESAIAN:
-Gunakan Teknik Bahagi RNR...
contoh: modal = usd 5000
set SL = 80 pips
Value Pips = usd 1.25
so value pips 1.25 kita bahagikan kepada 3,
1.25/3 = 0.41
Dari Kiraan diatas kita boleh Open Post sebanyak 3 post..
dengan nilai setiap OP sebanyak 0.41...
boleh buka 3 post atau 3 jenis pair...
MM tetap 2%
RISK Loss Juga tetap 2%
KELEBIHAN:
bila ada 3 position 2 LOSS anda tetap tidak LOSS sepenuhnya...
ratio 1:3
loss 3 - win 3 = 0 loss...
orait,terus kepada point kita hari nie....STOP LOSS...apa itu stop loss (SL) ? stop loss ialah
setting dimana anda sanggup untuk untuk menanggung risiko loss...dan perkara yg paling
penting dalam trading forex
SL adalah peringkat yg paling penting dalam trading forex...dan ianya terlalu senang untuk
digunakan dan terlalu susah untuk di praktikkan....
asas sebelum memikirkan untuk meletakkan SL ialah dimana:
1.High Low
2.R & S
3.Fibo
4.Bolligger Band
juga indi lain yg sewaktu dengannya....
bila Tempat dimana SL telah ditetapkan perkara seterusnya kita perlu lakukan bukan OP
tetapi kiraan RISK...iaitu pastikan Value LOSS tidak melebihi 2-3% dari capital...
biar saya beri tahu satu perkara yang paling penting dalam perjalanan anda sebagai trader
profesional dan bukannya trader terjun
JIKA ANDA TIDAK LETAK PROPER SL DALAM TRADE ANDA,JIKA ANDA BENCI SL
DAN JIKA ANDA SET SL TETAPI GERAKKANNYA BILA RASA DAH DEKAT,ANDA
BUKAN & TIDAK AKAN MENJADI FOREX TRADER...KERANA ANDA HILANG SEMUA
DUIT ANDA UNTUK TRADE SEMULA DAN TIDAK BOLEH TRADE LAGI.
Jadi pastikan anda letak proper SL pada trade anda dan SL adalah sesuatu sgt penting dalam
forex...sekali tinggal sl anda bukan lagi trader forex melainkkan anda depo semula...
perhatian...SL adalah berbeza dari TF ke TF yg lain jadi pastikan jenis sistem anda dan proper
SL yg betul dan pair yg berbeza juga boleh mempengaruhi jumlah SL....
Jika anda tidak letak SL yg sepatutnya anda akan mula berdoa seperti SAMI di depan PC
dimana berdoa agar chart akan berubah betul? dan anda akan mula stress dan tak lalu nak
makan selagi chart tidak bertukar arah....betul? itu maknanya anda tidak menggunakan SL...
forex bukan perjudian dan forex tidak akan mendengar kata2 anda...jadi anda tiada kuasa dan
tidak tahu bila market akan berubah....jadi mengapa mahu runsing??
letakkan proper SL dan tinggalkannya...dengan senang hati....
anda akan dapat rasa perbezaan menggunakan SL atau "tiada SL",anda akan rasa lebih tenang
dan tidak tertekan...jika SL hit dan anda rugi...apa nak risau? 2nd Post pasti akan berjaya...dan
anda dapat cover loss dgn segera....
akan tetapi jika anda tidak letak SL dan market mula triggered dan anda hilang semua duit
anda...bagaimana anda nak cover loss itu?? dengan "0" equity? mana lebih bagus?
1-ada duit untuk cover loss
2-tak ada duit untuk trade?
SAYANGI LA SITI "STOP LOSS"....DIALAH YG AKAN MENYELAMATKAN DUIT
ANDA...PERCAYALAH...PASTI CIK MARGINAH TIDAK AKAN KACAU ANDA LAGI..
Dimulakan dengan Bismillah....
Okay Mari kita Lihat tajuk yang Ketiga Pula,,,,
LOSS LAGI?? KAJI KESILAPAN ATAU KEKAL DGN TRADING PLAN?
Bunyi macam biasa dengar yang ayat "LOSS LAGI" tapi ayat Kaji Kesilapan atau kekal dgn
Trading plan Jarang2 sekali nak ambil Kira atau difikirkan...
Agak2 bila Trade Then LOSS je...mula la selak Blog...SElak EA...Selak Indi...macam2 lagi
la....Hanya kerana LOSS...Selak punya Selak Bukan Untuk Kaji KEsilapan LOSS tadi..tapi?
-SEBUK MENCARI SISTEM TRADING BARU..
-SALAHKAN SISTEM YG SALAH...
-SALAHKAN MARGIN YANG RENDAH...
-TUKAR INDI BARU
Pelik kan? asal LOSS shj mesti cari sistem baru...tak pun tukar trading style...dari Scalper...tukar
jadi Hedging Trader pastu tukar lagi jadi Swinger...adess...bila nak Maju ni??
kalau tukar 3 kali teknik yg berbeza bermaksud anda DEPO 3 kali betul tak??
Kenapa Tak Stick to the plan?
Kaji Kenapa LOss...
Kaji Teknik tu Mana Yg Salah dan mana yg Kurang...
Maybe sebb tak selesa...so? selesakan la...
Kenapa Tadi Loss...Teknik Kurang Filter kot??
Belajar Kesilapan yg Dibuat...Betulkan...Tak perlu tukar 1001 macam teknik dan akhirnya dgn
situasi yg sama..LOSS>>>
seperti yg saya katakan sebelum nie...satu teknik memakan masa 1 tahun sekurang2nya untuk
mahir dan cukup pengalaman...Jika 1001 mcm teknik nak belajar...bila nak mahir Tuan2? 1001
tahun lagi?? Hidup Lagi ke??
Orait...Dengan Bersama Teknik Lama dan mahir kita akan lebih PEKA dengan kesilapan yg
berulang...jadi kita tidak akan mengulangi masalah yg sama berulang2 kali....
Seorang Trader Yang Mahir dan Profesional Perlu Membuat Kajian Tentang Teknik yg Mereka
Guna untuk tingkatkan lagi keberkesanannya...
Buat Record tentang LOSS trade dan Kaji Kesilapan...
dan pastikan tidak berulang lagi...
Hilang Sedikit Duit Untuk Satu sistem yg kita Bina khas untuk diri sediri adalah lebih berharga
dari Hilang 1001 Kali Loss kerana Mencuba perlbagai Teknik.
RUMUSAN:
-Pastikan Kesilapan Teknik Dan Perbaiki Bukan Tukar Teknik Baru.
-Buat Trade Record Yang LOSS dan kaji kesilapan.
-Master Satu Teknik Untuk Diri sendiri Bukan Master Teknik GURU anda.
-Pengalaman Bersama Satu Teknik Yang Lama Akan Menjamin Kekuatan Anda DAn FOkus Anda
Untuk Trade.
Archives
-
▼
2011
(19)
-
▼
May
(10)
- Introduction
- Trade extra confident dengan Inter-market analysis
- KEGAGALAN MEMBUAT ANDA LEBIH DEKAT DENGAN KEJAYAAN
- KENAPA TRADER MELAKUKAN BANYAK KESALAHAN??
- SUKA SIMPAN FLOAT? TAMAK ATAU TAKUT?
- PERBEZAAN TIMEFRAME(TF)
- RISK AND REWARD RATIO
- LOVE STOP LOSS
- LOSS LAGI?? KAJI KESILAPAN ATAU KEKAL DENGAN TRADI...
- KENAPALAH KALAU TIAP KALAU TRADE JE MESTI FAIL
-
▼
May
(10)
sembang forex
Followers
About Me
  Forex Trading by DailyForex.com
By FxFisherman.com Forex Tools