Apa kata kita Bincang mengenai Asas forex semula dan fokus kepada psikologi in trading??
Tak letih ke mencari formula dan teknik mahu pun sistem+indicator+robot dan ..... ada berjuta
dalam internet sistem yg boleh kita belajar praktikan dan ada banyak juga boleh buat profit
100% tapi semua tu tak berguna bila tiba ke live trading kan?? bila demo untung berjuta? tapi
bila real? hampeh...MC shj...
di mana puncanya??
orait mari kita terus kepada tajuk utama....” RISK AND REWARD RATIO”
R N R atau Risk And Reward Ratio...berapa ramai trader yang tahu?
boleh dikatakan semua trader tahu,dan ada juga yang tak tahu...
Tapi berapa ramai yang praktikan??
Kita semua tahu RNR penting dan asas dlm Forex,tapi tetap tidak menggunakannya....
Bila start Trade..fikir cuma nak Trade shj...tu yg MC tu....
RNR adalah wajib kita praktikan kerana ianya sebahagian daripada MM....dan sebagai trader
kita tidak boleh mengabaikan MM....
ok...mari kita lihat apa itu RNR...
RISK : jumlah duit yg mungkin kita loss
REWARRD : jumlah duit yg mungkin kita win profit
seperti yang kita tahu tentang MM "WE SHOULD NOT RISK MORE THAN 2-3% OF OUR
CAPITAL IN EACH TRADE"
So pastikan RISK tidak melebihi 2-3%...
Sebagai Trader kita perlu tahu berapa SL yang sepatutnya dan dari situ kita boleh manage
proper value pips yg sepatutnya....
sebagai contoh...
eur/usd
modal : usd 5000
setup SL : 80 pips
berapa nilai pips untuk open position??
NI FORMULA DIA...
EQUITY X 2% = RISK
2%/SL = VALUE PIPS
2%/VALUE PIPS = SL
SO: (2%/SL = VALUE PIPS)
5000 X 2% = 100
100/80 = 1.25 PER PIPS
So kita hanya boleh OP lot size 1.25 shj...
orait jika 80 pips SL hits so kita hanya akan loss 2% sahj iaitu 1.25 x 80 = usd 100 risk...dan
katakan kita letak TP 240 pips dan hits...
240 x 1.25 = usd 300 reward
jadi RNR Ratio untuk urusniaga ini ialah 100:300 = 1:3
senang kan?? tapi kenapa tak gunakan???
Rasionalnya RNR?
Sebagai trader kita perlu tahu yg trading juga satu perniagaan jadi perlukan modal dan risiko
seperti perniagaan lain juga...jadi tidak perlu kita set di minda yg kita perlu 100% win...
dalam forex tiada 100% win...
dalam 5% trader yg berjaya mereka semua loss tapi mereka tetap di kalangan trader yg
5%...kenapa....tidak seperti anda yg loss tetapi dikalangan 95% trader yg gagal...pelik kan??
Dgn penggunaan RNR shj kita pasti tidak akan depo lagi...
kenapa?
katakan anda tetapkan RNR 60:180 = 1:3
dalam sebulan anda trade sebanyak 30 kali dan loss sebanyak 15 kali iaitu 50% dari jumlah
trade...
60 x 15 = 900 pips loss
180 x 15 = 2700 pips win
2700 - 900 = 1800 pips..
anda tetap akan untung walaupun anda loss separuh dari trading anda....
akan tetapi jika anda tidak gunakan RNR dan amalkan disiplin trading...sy boleh katakan
seminggu anda dah depo lagi....
dengan disiplin tunggu signal baru trade..takkan dalam 10 kali trade anda loss semua??? tak
mungkin...dapat separuh pun jadi la...
orait selesai sudah tentang RNR esok boleh terus ke bahagian 2...
RUMUSAN FORMULA RISK AND REWARD RATIO:
FORMULA 1:
2%/SL = VALUE PIPS
-Khas untuk mendapatkan nilai pips setiap 1 pips.Atau lebih ringkas untuk dapatkan Nilai Open
Position.
FORMULA 2:
2%/VALUE PIPS = SL
-Khas untuk mendapatkan Nilai Stop Loss.
-Sesuai Untuk Trader Yang Tak tahu Cari Target SL tapi Cuma Tahu Berapa Boleh Rugi.
TIPS AND TRICK RNR
PERMASALAHAN:
-Aku selalu buka Post banyak...satu mana cukup??
-ala aku pulak TRade Pair Lain2 mana ada 1 pair je?
-Tak Feel La trade 1 post je..
PENYELESAIAN:
-Gunakan Teknik Bahagi RNR...
contoh: modal = usd 5000
set SL = 80 pips
Value Pips = usd 1.25
so value pips 1.25 kita bahagikan kepada 3,
1.25/3 = 0.41
Dari Kiraan diatas kita boleh Open Post sebanyak 3 post..
dengan nilai setiap OP sebanyak 0.41...
boleh buka 3 post atau 3 jenis pair...
MM tetap 2%
RISK Loss Juga tetap 2%
KELEBIHAN:
bila ada 3 position 2 LOSS anda tetap tidak LOSS sepenuhnya...
ratio 1:3
loss 3 - win 3 = 0 loss...
orait,terus kepada point kita hari nie....STOP LOSS...apa itu stop loss (SL) ? stop loss ialah
setting dimana anda sanggup untuk untuk menanggung risiko loss...dan perkara yg paling
penting dalam trading forex
SL adalah peringkat yg paling penting dalam trading forex...dan ianya terlalu senang untuk
digunakan dan terlalu susah untuk di praktikkan....
asas sebelum memikirkan untuk meletakkan SL ialah dimana:
1.High Low
2.R & S
3.Fibo
4.Bolligger Band
juga indi lain yg sewaktu dengannya....
bila Tempat dimana SL telah ditetapkan perkara seterusnya kita perlu lakukan bukan OP
tetapi kiraan RISK...iaitu pastikan Value LOSS tidak melebihi 2-3% dari capital...
biar saya beri tahu satu perkara yang paling penting dalam perjalanan anda sebagai trader
profesional dan bukannya trader terjun
JIKA ANDA TIDAK LETAK PROPER SL DALAM TRADE ANDA,JIKA ANDA BENCI SL
DAN JIKA ANDA SET SL TETAPI GERAKKANNYA BILA RASA DAH DEKAT,ANDA
BUKAN & TIDAK AKAN MENJADI FOREX TRADER...KERANA ANDA HILANG SEMUA
DUIT ANDA UNTUK TRADE SEMULA DAN TIDAK BOLEH TRADE LAGI.
Jadi pastikan anda letak proper SL pada trade anda dan SL adalah sesuatu sgt penting dalam
forex...sekali tinggal sl anda bukan lagi trader forex melainkkan anda depo semula...
perhatian...SL adalah berbeza dari TF ke TF yg lain jadi pastikan jenis sistem anda dan proper
SL yg betul dan pair yg berbeza juga boleh mempengaruhi jumlah SL....
Jika anda tidak letak SL yg sepatutnya anda akan mula berdoa seperti SAMI di depan PC
dimana berdoa agar chart akan berubah betul? dan anda akan mula stress dan tak lalu nak
makan selagi chart tidak bertukar arah....betul? itu maknanya anda tidak menggunakan SL...
forex bukan perjudian dan forex tidak akan mendengar kata2 anda...jadi anda tiada kuasa dan
tidak tahu bila market akan berubah....jadi mengapa mahu runsing??
letakkan proper SL dan tinggalkannya...dengan senang hati....
anda akan dapat rasa perbezaan menggunakan SL atau "tiada SL",anda akan rasa lebih tenang
dan tidak tertekan...jika SL hit dan anda rugi...apa nak risau? 2nd Post pasti akan berjaya...dan
anda dapat cover loss dgn segera....
akan tetapi jika anda tidak letak SL dan market mula triggered dan anda hilang semua duit
anda...bagaimana anda nak cover loss itu?? dengan "0" equity? mana lebih bagus?
1-ada duit untuk cover loss
2-tak ada duit untuk trade?
SAYANGI LA SITI "STOP LOSS"....DIALAH YG AKAN MENYELAMATKAN DUIT
ANDA...PERCAYALAH...PASTI CIK MARGINAH TIDAK AKAN KACAU ANDA LAGI..
Dimulakan dengan Bismillah....
Okay Mari kita Lihat tajuk yang Ketiga Pula,,,,
LOSS LAGI?? KAJI KESILAPAN ATAU KEKAL DGN TRADING PLAN?
Bunyi macam biasa dengar yang ayat "LOSS LAGI" tapi ayat Kaji Kesilapan atau kekal dgn
Trading plan Jarang2 sekali nak ambil Kira atau difikirkan...
Agak2 bila Trade Then LOSS je...mula la selak Blog...SElak EA...Selak Indi...macam2 lagi
la....Hanya kerana LOSS...Selak punya Selak Bukan Untuk Kaji KEsilapan LOSS tadi..tapi?
-SEBUK MENCARI SISTEM TRADING BARU..
-SALAHKAN SISTEM YG SALAH...
-SALAHKAN MARGIN YANG RENDAH...
-TUKAR INDI BARU
Pelik kan? asal LOSS shj mesti cari sistem baru...tak pun tukar trading style...dari Scalper...tukar
jadi Hedging Trader pastu tukar lagi jadi Swinger...adess...bila nak Maju ni??
kalau tukar 3 kali teknik yg berbeza bermaksud anda DEPO 3 kali betul tak??
Kenapa Tak Stick to the plan?
Kaji Kenapa LOss...
Kaji Teknik tu Mana Yg Salah dan mana yg Kurang...
Maybe sebb tak selesa...so? selesakan la...
Kenapa Tadi Loss...Teknik Kurang Filter kot??
Belajar Kesilapan yg Dibuat...Betulkan...Tak perlu tukar 1001 macam teknik dan akhirnya dgn
situasi yg sama..LOSS>>>
seperti yg saya katakan sebelum nie...satu teknik memakan masa 1 tahun sekurang2nya untuk
mahir dan cukup pengalaman...Jika 1001 mcm teknik nak belajar...bila nak mahir Tuan2? 1001
tahun lagi?? Hidup Lagi ke??
Orait...Dengan Bersama Teknik Lama dan mahir kita akan lebih PEKA dengan kesilapan yg
berulang...jadi kita tidak akan mengulangi masalah yg sama berulang2 kali....
Seorang Trader Yang Mahir dan Profesional Perlu Membuat Kajian Tentang Teknik yg Mereka
Guna untuk tingkatkan lagi keberkesanannya...
Buat Record tentang LOSS trade dan Kaji Kesilapan...
dan pastikan tidak berulang lagi...
Hilang Sedikit Duit Untuk Satu sistem yg kita Bina khas untuk diri sediri adalah lebih berharga
dari Hilang 1001 Kali Loss kerana Mencuba perlbagai Teknik.
RUMUSAN:
-Pastikan Kesilapan Teknik Dan Perbaiki Bukan Tukar Teknik Baru.
-Buat Trade Record Yang LOSS dan kaji kesilapan.
-Master Satu Teknik Untuk Diri sendiri Bukan Master Teknik GURU anda.
-Pengalaman Bersama Satu Teknik Yang Lama Akan Menjamin Kekuatan Anda DAn FOkus Anda
Untuk Trade.
Subuh belum masuk pun kadang2 dah ON pC terus mengadap chart.
Yang peliknya..nampak je Chart terus nak OP..gile ke ape?
study chart pun tidak..buat analisa baru berapa saat...dan Open post..
Katanya kalau lambat OP nanti lambat kaya...
Last2 result tetap sama..-ve juga..tak jugak kaya.
Dan hari2 bila buka platform kalau ada Equity sikit terus nak OP besar gabak...tapi bila ditanya kenapa buka post tu?
Jawapannya? ntah tak tahu?
Paling menyakitkan bagi para trader yang mcm nie ialah...bila masa dah OP...
Asal Open buy je..chart tukar SELL
Asal OP SELL je...Chart Tukar BUY...
adeh!!! apa salahnya nie....????
Tapi kadang2 lain pula situasinya...Bila Buka post je je Tetiba Dapat Profit Gila2 terus dapat untung 200% !!!!
Bila tanya diri sendiri kenapa boleh untung nie? Ntah? Maybe sebb aku dilahirkan menjadi Trader sejati kot...enjoy!!!
TAPI
Bila jadi mcm nie ape plak jawapnya? Trader ape nie? Jawapannya "TRADER TERJun la!!"
So kesimpulannya Untuk kelas hari nie ialah apa masalahnya dgn aku nie?
Masalahnya ialah.....
Sebb anda kurang ilmu tentang teknik? saya rasa tidak...anda telah mempunyai teknik yg bgus bah kan boleh dikatakan 100% profit jika dipraktikkan...
Sistem yg ada pun selalu memberi pulangan yg banyak tapi juga kadang2 memberi LOSS yg melampau...walaupun rasa tiada apa2 masalah dgn teknik...
Adakah anda rasa kerana Teknik atau sistem anda gagal?
Tidak,anda mempunyai masalah lain yg lebih suusah dari membina sistem yg bagus...iaiti disiplin dan cara bagaimana untuk mengawal emosi anda sendiri.
Kawal emosi anda,berikan tahap yg sesuai setiap hari..limit profit yg munasabah dan bila limit telah dicapai..tutup pc dan berehat..jangan terlalu tamak...
Pasti ada peluang lain untuk Open Position...Dengan berehat secara tidak langsung minda kita juga akan bertenang....
Mahupun anda telah tercapai limit dimana anda LOSS dan anda OFF pC anda..masih ada perkara baik akan berlaku,dimana anda boleh muhasabah diri anda dan berfikir dimana silap dan mencari jalan untuk memperbaikinya di trade yg akan datang....
TAPI! jgn sesekali fikir tentang ingin membalas dendam ...nanti emosi akan mengawal anda...pastikan anda mencari salah anda bukan mencari jalan untk membalas dendam hanya kerana anda loss sedikit...kerana ingin membalas dendam emosi akan mengawal dan akhirnya anda kan mengambil trade yg x sepatutnya,lalu anda kehilangan kesemua duit anda.....
Jadi masalah anda ialah TAMAK....pastika limit anda...bila dah capai rehat sebentar...then baru smbung semula...limit termasuk:limit "loss" dan limit "profit"
sebagai conyoh,jika limit loss 6% dan limit profit 6%
jika hari ni terkena limit loss 6% pada sesi pagi pastikan petang kita rehat....
dan disebelah malam kita mula trade semula dan kita pastikan yg kita akan capai limit profit...
so,result "0" profit ini sudah bagus...hari ni tak dapat profit tapi dapat pengalaman dan dapat satu masalah so boleh la anda kaji kesilapan itu,neXt time no more mistake.
Tiba hari berikutnya pasti anda boleh trade semula dgn tenang...akan tetapi jika anda ikut perasaan pasti hari berikutnya anda sebuk mencari duit untuk depo...bukan ke itu sesuatu yg *****?
kedua,apa masalah anda lagi?
takut...anda trade kerana ketakutan....Bila masa baki akaun mencapai tahap yg tinggi kerana mendapat keuntunga luar biasa....anda mula takut untuk OP...dan anda mula tamak...
takut untuk trade besar..takut untuk trade kecil lambat untung...
ketakutan mengawal anda...dan akhirnya emosi dari tamak yg akan menang! lalu anda hilang rasa ketakutan itu kerana tamak akan take over lalu anda LOSS..
pastikan Rasa takut anda tidak muncul...trade dengan berani konfiden dimana baki itu bukan satu ancaman...
withdraw sedikit..dan simpan dibank....
mcm mana kalau baki anda 100k itu lupa nak withdraw? takut nanti MC??Takut nanti MM setup sikit?? takut nanti untung sikit je???Emosi tak takut plak??
Yeke? kalau MC tidak...untung pun tidak.....TAPI Broker Bungkus??? mcm mana? takut MC lagi?? takut tak untung lagi??
ke takut nanti bunuh DIRI? so kesimpulannya kenapa perlu rasa takut? trade la secara aman pastikan anda ikut peraturan dan MM yg ditetapkan....jangan terlalu tamak sangat....pastikan berfikir secara waras...selamtkan sedikit wang anda..jgn terlalu obses...kita bukantuhan yg tahu masa depan...stanby for the worst situation...bukan dah terhantuk baru nak sedar..
Sebagai trader anda semua mesti bersemuka dengan soalan penting kadang2...
nak trade atau tak?
"Ada trade setup terbentuk,ada setup cantik muncul kat chart...."
dan persoalan keluar dari minda kita,"adakah patut saya buka position?? nak ke trade?
Trade setup nampak macam sempurna dan nampak kuat...
Tapi tak memenuhi kateria lagi pula....
Peraturan untuk Entry masih belum sempurna la...
Perlukah saya ambil position ini?
Terjadi pula bila dah ber jam2 didepan PC...atau sudah berhari2 tunggu setup sempurna,dah fed up dah ni menunggu...atau anda telah losing beberapa position dan anda perlu cover secepat mungkin loss tu....
Ini semua emosi yang ada di minda kita...
akhirnya nafsu dan emosi mengawal dan akhirnya anda buka position........
tetapi setelah anda buka position,bermula la realiti sebenar....anda tersedar bahawa anda salah dan tidak sepatutnya ambil trade tersebut.....kerana trade itu tidak memenuhi keteria dan bukan trade yg bagus....
inilah yang terjadi kepada kebanyakan trader setiap hari...
pertama mereka fikir perlu ambil position atau tunggu lagi setup yg sesuai yg lebih bagus.dan selepas beberapa jam bergelut dgn emosi dan persoalan...mereka tinggalkan semua persoalan itu kepada nasib dan ambil position itu membuta tuli....
Dan selalunya kes macam nie...90% position yg diambil adalah losing position...
Why? kenapa? kerana position itu diambil berdasarkan emosi..dan bukan berdasarkan teknik dan trade setup.
Jadi kesimpulannya...stick to the plan...
tanya pada diri sendiri sebelum buka position,"kenapa aku buka post ini?"
kerana trade setup yg sempurna atau??? ntah?? ni nak trade forex atau berjudi?
anda tidak tahu apa anda buat???...itu sudah jatuh kepada hukum haram....jgn jadikan sesuatu yg halal bertukar kepada yg haram semata2 ingin mengaut keuntungan dan mengikut emosi semata2....
thanks to sis suzaini atas ilmunya ini...mudah2an dapat kite ambil pelajaran terhadap apa yg beliau sampaikan....
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=217751
Kadang2 atau lebih tepat selalunya anda sedar yg anda telah melakukan kesalahan membuka position...dan membuat keputusan yg salah.
selalu nya position tersebut..akan melawan arah yg anda harapkan.
dalam beberapa ketika..pasti position tersebut akan memberi anda -ve.
APA ANDA BUAT BILA PERKARA INI BERLAKU?
Anda close position anda atau anda tunggu price patah balik untuk breakeven baru nak close?
Malangnya trader baru malah yg berpengalaman juga akan was2 untuk tutup position tersebut.
Dan selalunya bila perkara tersebut berlaku anda akan tunggu price patah balik tunggu dan perkara itu tidak terjadi dan anda terpaksa close position tersebut,dengan kerugian yg tinggi dan perkara ini tidak akan berlaku jika anda tidak tunggu tetapi close awal dan menanggung rugi yg sikit.
Jadi jika anda berada di situasi berikut pastikan anda close position secepat mungkin...
pastikan sistem anda mempunyai signal close wrong position...
memang tidak dinafikan bahawa pada satu2 masa bila kita close price akan berubah semula kepada price yg kita mahukan..
akan tetapi anda tidak tahu perkara itu mungkin akan terjadi atau tidak...
tapi mungki juga dan selalunya position itu akan melawan kehendak anda dan terus menuju kepada kerugian...
pastikan anda yakin dgn sistem anda..
Bina sistem yg membolehkan anda tahu bila nak entry dan bila nak close...
5% trader not 100% win they also loss...
but,take loss doesn't mean u ar losing..
u still won but not much..better then big win then big loss...
the result? always depo....
1- JANGAN MENCUBA TERLALU BANYAK SISTEM
-Anda mengambil masa seluruh hidup anda hanya kerana mencuba.sesetengah orang memang mempunyaI semangat untuk mengkaji seperti profesor...tak ada salahnya semua tu.bahkan agak bagus jugak
Akan tetapi jika sampai ke bidang FOREX,semangat nak mengkaji dan terus mengkaji dan terus mencuba tidak akan membawa anda kepada kejayaan dlm bidang trading FOREX.
Ini kerana ia akan mengakibatkan anda untuk meluangkan masa terlalu banyak dan mungkin seumur hidup anda untuk mencuba dan membezakan sistem trading.
Setelah beberapa ketika dan selamanya mencuba rasionalnya terbukti bahawa itu bukan rahsianya + bukan juga perkara yang menjamin kejayaan anda dalam forex.
Kesimpulannya trading sistem bukan lah rahsianya.Dan anda mengetahui secara tidak langsung bahawa rahsianya ialah disiplin dan mengawal emosi Bukan Mencuba dan mencuba dan Mencuba.
So anda pun berhenti mencuba,memilih sistem yg sesuai dan selesa dan mula membuat duit melaluinya.
Dan trader yang lain pula sebuk dengan mencuba pelbagai sistem,membezakan sistem yang hanya membuang masa dan akhirnya give up kerana terlalu banyak kali MC dan kehilangan banyak duit kerana mencuba...sedangkan masalah sebenar didepan mata tidak diendahkan.
2-JANGAN BERSAING DAN BERLAWAN DENGAN TRADER LAIN.
-Setiap trader mempunyai cara dan trading style yang berbeza2...
Jadi pips mereka berbeza dan keputusan untuk win position juga berbeza.
Sesetengah traderselesa dgna keuntunga dari MM 2%
ada yg juga yg seronok dengan keuntungan 10% ke 20%
ada juga trader ,enggunakan RNR 1:1 ada yg 1:3 yg tak guna pun ada.
ia mengambil masa yg lama untuk newbis untu mencari trading style sendiri dan selesa.
Dan bila dah jumpa jangan sesekali bertanya berapa banyak boleh buat profit?
Trading seperti berjalan diatas satu tali...
anda akan jatuh sekiranya anda berjalan lebih laju daripada yg anda mampu lakukan.
3-JANGAN TRADE FOREX JIKA ANDA MESTI UNTUK MEMBUAT DUIT.
-emosi mempunyai kesan yang kuat bila kita berfikir atau memaksa diri kita untuk membuat duit...atau perlu mencari duit segera...
Akan menjadi lebih kuat impak nya bila seseorng terpaksa melakukannya kerana perlu memberi duit kepada org lain.
kalau anda terlalu terpaksa atau perlu cari duit itu untuk membayar bil broadband,kereta ,rumah,dan sebagainya..
anda akan loss...kerana anda akan trade kerana emosi anda dan bukan kerana konfiden diri untuk trade...
Anda boleh jadi FTT hanya jika anda sudah berjaya mendapat sistem yg sesuai mempunyai kawalan emosi yg bagus dan sempurna dan bersedia dari semua segi.
Pada permulaan,anda perlu ada income lain untuk cover bill2 dan bayaran hutang anda...
Jika tidak...FOREX tidak akan mendatangkan sesuatu yg baik untuk anda....
4-KEEP IT SIMPLE
-Sistem FOREX tidak sepatutnya terlalu RUMIT untuk di gunakan....
Dalam Melihat Sistem...simpel sistem biasanya mempunyai better result.
5-BELAJAR PATUH DENGAN PERATURAN DAN TRADE DGN LEBIH BAGUS SETIAP MASA
-Anda perlu belajar apa itu peraturan dan anda perlu patuh dengan peraturan,apa itu peraturan dalan trading FOREX.
Dan anda perlu tunggu masa yg tepat untuk membuat keputusan.
Kalau la anda duduk depan pc...tenung PC tu lama2..dari pagi smpai ke pagi..tapi masih tak tahu apa nak buat...masih terkial2 untuk buat keputusan...atau nak trade tapi tak tahu jawapan "kenapa aku entry"
Ini semua bermaksud bahawa anda tidak tahu peraturan dalam trading FOREX.
Pastikan semua peraturan di belajar dahulu...fahami peraturan dahulu dan seterusnya...kita patuh dgn peraturan itu.
jangan kita tahu peraturan dan tidak patuh,pasti akan terjadi sesuatu yg tidak ingini kepada anda kerana "break the rule."
Dengan peraturan yg ada...boleh la kita menambah mana yg kurang dan betulkan mana yg salah untu memastikan trading kita bertambah maju dan bagus.
bukan nya tiada peraturan! jita tiada perutan..tiada la kemajuan dan kelemahan yg kita boleh tahu...dan kita tidak boleh memajukan lagi trading kita....
Disiplin kita yg perlu kita patuh adalah follow the rule..not break the rules..
but if u dont have the rules...how u want to follow the rule?
tiada arah tuju la namanya....
nak entry pun main tibai je....
trader forex ke namanya tu??
itu namanya "TRADER TERJUN"
Archives
-
▼
2011
(19)
-
▼
May
(10)
- Introduction
- Trade extra confident dengan Inter-market analysis
- KEGAGALAN MEMBUAT ANDA LEBIH DEKAT DENGAN KEJAYAAN
- KENAPA TRADER MELAKUKAN BANYAK KESALAHAN??
- SUKA SIMPAN FLOAT? TAMAK ATAU TAKUT?
- PERBEZAAN TIMEFRAME(TF)
- RISK AND REWARD RATIO
- LOVE STOP LOSS
- LOSS LAGI?? KAJI KESILAPAN ATAU KEKAL DENGAN TRADI...
- KENAPALAH KALAU TIAP KALAU TRADE JE MESTI FAIL
-
▼
May
(10)
sembang forex
Followers
About Me
  Forex Trading by DailyForex.com
By FxFisherman.com Forex Tools