Jangan panik,cemas & terburu-buru....  

Posted by azed

Traders sering kali panik,cemas & terburu2 ketika trading adalah disebabkan :
1. salah masuk position,trend buy tapi dia buat sell
2. floating negative samada sedikit/banyak yg menggangu fikiran
3. Margin Level / Equity Acc semakin menyusut
4. Tengok market bergerak laju samada naik @ turun lalu terburu-buru utk OP...
5. dan mungkin beberapa perkara lain yg tidak disebutkan lagi

Sebagai traders kita hendaklah mengawal emosi ketika trading...sentiasa bertenang sebab fikiran yg tenang mampu menjana fikiran & analisa yg baik. walaupun floating banyak,salah op dan sebagainya kita hendaklah tenang, lalu plan strategy utk tindakan seterusnya...

Traders yg berjaya kebanyakannya adalah disebabkan mereka berjaya mengawal emosi mereka ketika trade.

website forex sebagai rujukan....  

Posted by azed

Website forex ini banyak sy jadikan sebagai rujukan dari segi analisis dari pakar2 forex...
Analisa :
http://www.monexnews.com/      
http://www.vibiznews.com/ 

Kalendar forex:
www.forexfactory.com

News:
www.cnbc.com

chart:
www.wssfx.com

kalau ikutkan banyak lagi website yg membuat analisa teknikal tentang forex,tp website yg diberikan adalah yg terbaik bg sy setakat ini....semoga mendapat manfaat dari beberapa website ni dalam membuat analisis kita semasa trading....

Koleksi ebook  

Posted by azed

                           Adventures of a currency trader

http://rapidshare.com/files/110198169/Adventures_of_a_currency_trader.pdf

GANN masters

http://www.multiupload.com/TWZJCEW3PF
            Forex Made Easy : 6 Ways to Trade the Dollar
http://rapidshare.com/files/133478284/Forex_Make_Easy.pdf
                                                     Forex Revolution
http://rapidshare.com/files/134214717/Forex_Revolution.pdf

                                       Trade What U See 

http://rapidshare.com/files/445284441/047010676X_Trade_What_You_See.rar

                          Soros Unauthorized Biography 

http://rapidshare.com/files/131486824/Soros_Unauthorized_Biography.pdf

The Markets Never Sleep 

http://rapidshare.com/files/131979602/The_Markets_Never_Sleep.pdf

                              Making Money$$ In Forex 


http://rapidshare.com/files/445289237/Making_Money_Forex.rar

              How To Make A Living Trading Forex Exchange 


http://rapidshare.com/files/445286691/0470442298_ForeignExchange.rar

              A Trader's Money Management System 

http://uploading.com/files/57aa4ffa/0470187719.rar/
Money Management Strategies For Serious Trader
http://hotfile.com/dl/11250162/01a8c92/Money_Management_Strategies_for_Serious_Traders.pdf.html
Money and Risk Management ebook
http://depositfiles.com/files/aj7q8bxte

                                Selective Forex Trading 

http://rapidshare.com/files/131727191/Selective_Forex_Trading_-_How_to_Achieve_Over_100_Trades_in_a_Row_Without_a_Loss.pdf

The Compleat Day Trader: Trading Systems, Strategies, Timing Indicators and Analytica 

http://hotfile.com/dl/11252329/6fe5b3d/Jake_Bernstein_-_The_Complete_Day_Trader_Vol_I.pdf.html

                               The Master Swing Trader

http://www.4shared.com/file/26360270/351e7595/Alan_S1_Farley_-_The_Master_Sw.html?s=1
http://www.mediafire.com/download.php?mdz3no3y0ym

The Mental Strategies of Top Traders: The Psychological book 

http://www.mediafire.com/?zdznznmnxny

21 Candlestick every trader must know 

http://www.indowebster.com/Candle_Stick__1.html

Ebook Big Profit Patterns Using Candlestick Signals And Gaps - Stephen W Bigalow

http://www.mediafire.com/?3yjujuzixlw

Ebook Stevie Nison - Japanese Candlestick Charting Techniques

http://www.mediafire.com/?e4vjgxyzmqm

Ebook Alan Farley - Pattern Cycles - Mastering Short-Term Trading With Technical Anal 

http://www.mediafire.com/download.php?gnjgmjlkmdw

The Ultimate Step by Step Guide 

www.mediafire.com/?ik2elmj43km

Fibonacci Trading - How to Master the Time and Price Advance

http://www.4shared.com/document/LwwCjZ2T/Fibonacci_Trading_-_How_to_Mas.html

Some trading, forex, options, stock ebooks collection

Titles:
The Triumph Of Contrarian Investing - Crowds, Manias, And Beating The Market By Going Against The Grain.pdf
Angel Capital - How to Raise Early-Stage Private Equity Financing.pdf
Chart Mentor.pdf
Jake Bernstein - How To Trade The New Single Stock Futures.pdf
Wayne A. Thorp - Analyzing Supply & Demand Using Point & Figure Charts.pdf
Wayne A. Thorp - Measuring Internal Strength - Wilders RSI Indicator.pdf
Trading By The Book Ross Joe.djvu
Building Winning Trading Systems With Tradestation - Wiley.pdf
Forex Systems Research Forex Trading with Candlestick and Pattern I.pdf
Soros Unauthorized Biography.pdf
Jack Schwager - Stock Market Wizards.pdf
A Short Course In International Payments 2nd Edition.chm
Robert T Kiyosaki - Rich Dad's Guide To Investing - What The Rich Invest In.pdf
Elder Alexander - Come into my trading room.pdf
O'reilly - Online Investing Hacks.chm
How To Make Money In Stocks by William J O'neil.pdf
The Options Course - High Profit and Low Stress Trading Methods, 2nd Ed.pdf
The Encyclopedia Of Trading Strategies.pdf
Short Selling - Strategies, Risks, And Rewards.pdf
Trade Like Jesse Livermore.pdf
The Options Edge Winning the Volatility Game with Options on Futures - MCGraw Hill.pdf
Street Smarts - High Probaility Short Term Trading Strategies.pdf
Modeling Financial Markets. Using Visual Basic.Net And Databases To Create Pricing, Trading, And Risk Management Models.pdf


http://hotfile.com/dl/11189085/a68dfb9/Trading_ebooks.rar.html

Teknik Double Impact....  

Posted by azed

salam,ni nak memperkenalkan lagi 1 teknik baru...namenya adalah teknik double impact...teknik ni hanye sesuai utk digunakan mase NFP (jumaat pertama setiap bulan). Caranye mudah ajer...mesti letak Pending Order  seminit sebelum news NFP keluar.
Tengok last candlestick brape open high & close low (agak2 jer coz candle masih belum siap sepenuhnya)...dari open price (high) letak PO Sell 80pip diatas price high tadi dan pada close price (low) letak PO Buy 80 dibawah price low td....so maksudnye kite akan sell kat atas dan buy kat bawah..TP amik la dlm 20-30pip.

Kat sini kita akan profit 2 kali, pertama masa gune skrip pukat news, dan cara kedua teknik double impact...skrip masih belum ada lagi....sape2 yang pandai buat skrip tu share2 la yek....


semoga berjaye.....

Hedging Skill....  

Posted by azed

Hedging adalah fovourite saye dalam trade forex...Saya hedging bagi mengelakkan/minimumkan kerugian....ni saya nak share teknik hedging  yang saya sering gunekan pada setiap kali trade....ok, tekniknyer mudah sajer, selepas saya membuat analisa dan OP position telah dibuat, saya akan pasang pending order pada arah yang bertentangan dgn jarak 40pip dari OP pertama tadi.Nilai lot adalah sama dgn bukaan OP yg pertama tadi.. contohnyer sekarang saya ader OP Buy GU pada 1.5280, kemudian saya akan letak pending order bagi Sell GU pada 1.5240 (Jarak adalah 40pip)... Andaikata analisa yang kite buat tadi salah, maka price akan hit kite punye hedging..
Anda ade 2 pilihan :
1. kalau anda yakin market tu akan berterusan & strong maka close order bagi OP yg arah bertentangan....tgu sehingga floating negative -40pip tadi berkurang menjadi 0pips atau +pips then close OP
2. Buka OP baru pada next change.....

Untuk melihat kekuatan sesuatu currency boley gunekan indi ini....
http://www.ziddu.com/download/13172299/xMeterIndicator3.rar.html

Kalau kite letak Stop Loss dan seringkali hit SL maka margin kite akan susut/berkurang...tu sbb sy kurang gemar menggunakan stop loss dan lebih suke hedging...dengan hedging sy dapat mengelakkan/mengurangkan kerugian dan margin tak cepat susut kalau asyik loss dalam setiap kali trade..Jangan Panik andaikata hedging tadi dah hits/floting -beratus2 Usd coz sebenarnye nilainyer sama sahaja iaitu kite floating just -40pip...
Nilai hedging bergantung pada risiko yg kite sanggup tanggung.ape yang sy lihat dan perhatikan kalau hedge dibawah 40pips, seringkali akan hits hedging tersebut...So,bagi saya hedge diantara 30-40 pips adalah yang terbaik setakat ini.
selamat mencuba.

20 Amalan Di Murahkan Rezeki  

Posted by azed

Ni nak share artikel tentang amalan supaya dimurahkan rezeki...
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan
keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep
rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap
hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh
menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti
firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu. " (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan
pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si
hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa
bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa
lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman.
Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT)
hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa
yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti
kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w.
juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala,
at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan
sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya. " (Riwayat
al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga
isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan
kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki
dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan
menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak
tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya
semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan
tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. "

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. " (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
(SWT). Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya
Allah (SWT) akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina
Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT)
buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang
lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya." (Riwayat
ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan
doanya dimakbulkan Allah (SWT).

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan
dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman
Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan
empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti
akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim
dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT).
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi
nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan
Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali
Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca
secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh
menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT), al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan
dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca "Ya Allah (SWT) ya Fattah" berulang-ulang, diiringi
doa: "Ya Allah (SWT), bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak
akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT), penuh
bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT)
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh
membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak
tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak
anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang
baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi
baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah
(SWT). Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT), nescaya Allah (SWT)
mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan
sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung
diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari
Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada
takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri "jalan keluar (dari segala
perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang
sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan
ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT), lalu Allah (SWT)
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.

wss ea & indi....  

Posted by azed

ni ada beratus-ratus ea & indi dari wss....tak pnah try lagi ea & indi ini...so kalau nak tau indi ni bagus atau tak, rajin-rajin la mencuba yek.....