emm dh ujung-ujung tahun nie market gila-gila ckit saye tgk....patut la ramai otai-otai forex off trade time nie...
ader yang bercuti la, berehat laa dsb....memang betul ape yg saye lihat market bulan december ni memang gila...
profit pun tak berapa konsisten bulan nie....turun naik.kejap untung kaw2 pastu lost balik....adehh.
Ape yang saye nampak bulan ni sesuai untuk scalping....tak perlu tunggu beratus2 pips baru nak close trade. cukuplah 10-30pip skali OP....bulan ni kalau ikutkan saye bley untung banyak tapi akibat terlalu menunggu beratus2 pips, untung terus jadi rugi...
p/s - jangan trade bulan dec, kalau nk trade jugak pastikan letak lot kecik jer dan men scalping jer...biar untung ckit jangan lost sudahhh.....janji masyuk.(^_^)
Dalam trading Forex, perkara yang paling terpenting adalah money management....modal kita samada besar @ kecil kalau tiada pengurusan kewangan yang betul sekajap jer acc boleh lost @ Margin Call (MC)....So kalau tak nak jumpa makcik marginah, jage la MM tue....
Buangkan perasaan tamak dalam trading forex....jangan pikir nak cepat kaya jer, bak kate pepatah biar lambat asalkan selamat.....
ni terjumpa link yang citer tentang MM....bgs jgk.so nak share la link nyer:
http://www.forex-money-management.com/
smg bermanfaat.....
Walaupun pasaran forex di buka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu, seseorang trader tidak dapat menjangka bagaimanakah pergerakkan pasaran seterusnya. Tetapi ianya boleh dilakukan pada waktu yang menguntungkan sahaja. Jadi, pada waktu yang menguntungkan inilah yang perlu kita aplikasi segala strategi untuk trading.
p/s: Waktu yang dipaparkan adalah untuk waktu tempatan Malaysia (GMT +8) Waktu terbaik untuk melakukan trading adalah:
Sesi Pasaran Asia ( 8AM - 5PM)
Pada waktu ini, trading yang sesuai anda lakukan adalah matawang yang berkaitan "Yen". USD/JPY adalah pilihan pair yang terbaik untuk trading pada waktu ini. Pada waktu ini pasaran tidak serancak seperti sesi pasaran US dan Eropah, tetapi ianya tidak mustahil untuk mencapai trading yang menguntungkan pada ketika ini.
Sesi Pasaran Eropah ( 3PM - 1AM)
ni adalah waktu yang paling terbaik untuk melakukan trading bagi apa-apa pair yang berkaitan dengan EUR. Ini kerana pasaran Major akan di tutup pada waktu ini dan semestinya market akan bergerak ke satu arah sahaja.
Sesi Pasaran U.S. ( 9PM - 6AM)
Ini juga adalah waktu yang sesuai untuk melakukan trading khasnya untuk pair USD/CAD. Trend pasaran juga amat kuat pada ketika ini.
Selain itu, antara jam 9PM hingga 1AM, tempoh ini adalah waktu dimana dua sesi pasaran bertembung iaitu pasaran U.S. dan Eropah. Pair yang di cadangkan untuk sesi ini adalah GBP/USD yang mempunyai trend yang agak kuat pada ketika ini. Kebiasaanya tempoh ini adalah "Trend Up" bagi pair ini. Pada waktu ini juga kebiasaanya berita-berita ekonomi akan di keluarkan. Matawang GBP/JPY juga sesuai untuk trading pada waktu selepas pengumuman news,kebiasaanya selepas pukul 12AM dan ke atas.
Sekarang anda sudah mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk anda meningkatkan keuntungan di forex. Pada waktu tersebutlah anda harus mengaplikasikan segala strategi dan kajian yang anda miliki. Sebaiknya semasa anda membuat analisa, gunakan lebih daripada satu pair matawang kerana kebiasaanya ianya berkait rapat antara satu sama lain contohnya:
- GBP/JPY | GBP/USD | USD/JPY | EUR/JPY (Bergerak satu arah)
- EUR/USD | USD/CHF (Bergerak bertentangan arah)
Yang penting sekali, apabila kita melakukan trading di forex,kesabaran dan displin adalah perkara nombor #1 yang harus anda patuhi. Buangkan ego anda semasa trading.
Assalammualaikum w.b.t,
Saya dengan berasa suka citanya ingin menceritakan bagaimana pengalaman saya dalam trade news2 yang boleh mendapatkan hasil yang sangat lumayan. Semoga artikel ini dapat memberikan keterbukaan minda kepada anda dalam mempelbagaikan trading style kita. Namun, setiap trading style mempunyai risiko yang tersendiri. Begitu juga dengan teknik news ini. Risikonya tersangat tinggi, tetapi pulangannya juga sangat lumayan dalam sekelip masa. Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri untuk mencorakkan teknik-teknik tersebut.
Ok, tanpa buang masa saya akan cuba terangkan seringkas mungkin agar anda faham dengan cepat cara untuk trading news ini.
Kenapa trade news?
Kerana news dapat memberikan kesan impak serta merta dalam market forex. Kita dapat lihat contohnya news yang menjadi sebutan orang ramai, NFP. Jika kita lihat jam 8.30malam setiap jumaat pertama dalam setiap bulan kita akan dapati pergerakan forex sangat laju. Terutamanya jika kita dapat lihat pada candle M1 (Timeframe M1), pergerakannya boleh bergerak melebih 40pips hanya pada 1 candle M1 sahaja. Jadi disini, kita boleh mengambil peluang untuk mengambil pips-pips ini dalam jumlah yang banyak tetapi dalam masa yang singkat mungkin dalam satu hingga 5 minit sahaja. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui bagaimana cara trade news.
Bagaimana caranya untuk trade news?
Alhamdulillah, kita terus ke point asal. Sebelum kita trade news, kita perlu mengetahui terlebih dahulu apakah jenis news forex yang boleh kita trade. Dalam sebulan dianggarkan terdapat lebih 10-20 news yang sangat berpotensi untuk kita trade secara selamat.
Ok, kita ketahui dahulu senarai top news forex:
1. NON FARM PAYROLL
2. TRADE BALANCE
3. INTEREST RATE STATEMENTS
4. DURABLE GOOD
5. PRODUCER PRICE INDEX
6. PPI excl. FOOD AND ENERGY
7. CONSUMER PRICE INDEX
8. CPI excl. FOOD AND ENERGY
9. TRICHET, BERNANKE, & FUKUI SPEAKS
10. UNEMPLOYMENT RATE
Nanti saya akan jelaskan lebih lanjut mengenai setiap news secara terperinci. Strategi utama kita sekarang ialah HANYA memilih news yang berpotensi untuk di-trade. Bagaimana kita nak tahu news tersebut berpotensi tinggi untuk di-trade? Caranya:
Langkah 1
Layari laman web Forex Peace Army.
Langkah 2
Lihat pada kolum "Impact", cari news yang mempunyai bintang 4 atau 5 (Bintang 5 adalah news yang sangat mempengaruhi pasaran).
Langkah 3
Selepas itu lihat pada bahagian kolum "More" selari dengan nama news berbintang 4/5 itu dan klik pada History for event
Langkah 4
Akan terpapar satu window baru dan menunjukkan detail event untuk news pada tarikh sebelumnya. Pilih salah satu tarikh dan klik pada sebelah kanan "Chart for event..."
Langkah 5
Lihat pada chart tersebut. Dan kita nilaikan sendiri candle pada TimeFrame M1 tersebut, adakah pergerakannya melebihi 30 atau 40pips pada 1 candle sahaja (katakan news pada jam 8.30, kita perhatikan candle M1 pada jam 8.30 juga). Jika ya, bermakna news ini mempunyai potensi yang agak tinggi untuk kita trade dengan selamat. Sebaliknya, kita tidak perlu trade news tersebut dan kita cari news yang lain.
P/S: Kalau pergerakan candle tu bergerak sehala (Buy atau Sell), memang rezeki kita mencurah-curah
Apakah strategi kita untuk menawan news yang berpotensi tinggi?
Syukur Alhamdulillah, akhirnya kita sampai ke tahap bagaimana cara nak masuk trade news. Pada umumnya, strategi kita adalah trade ketika result news telah diumumkan. Sekiranya result adalah baik untuk ekonomi negara tersebut, maka kita akan ambil posisi BUY untuk currency tersebut. Sebaliknya kita ambil posisi SELL. Tetapi mungkin agak mustahil bagi kita untuk masuk posisi BUY/SELL memandangkan sekiranya kita sudah mengetahui result news tersebut, mungkin kita telah terlepas dari mendapatkan pips yang banyak kerana market telah bergerak jauh dikala result news diumumkan. Jadi untuk mengatasi masalah itu, kita perlu membuat Pending Order Buy Stop dan juga Pending Order Sell Stop 5minit-1minit sebelum news diumumkan. Tujuannya adalah sekiranya news tersebut baik untuk ekonomi negara tersebut, maka kita dapat lihat BUY untuk currency tersebut. Katakanlah news Australia Rate Decision, sekiranya result news adalah bagus untuk ekonomi Australia, maka kita dapat lihat pergerakan pips naik lebih tinggi dan kita mengambil posisi BUY. Dengan terpasangnya PO BUY STOP, automatik harga akan mengena pada PO BUY STOP kita. Untuk Sell Stop yang tidak terkena itu, kita perlulah DELETE dengan segera. Untuk Take Profit dan Stop Loss, itu terpulahlah kepada setiap individu untuk meletakkanya. Saya akan beritahu kemudian bagaimana kita dapat mengagak Take Profit dan Stop Loss.
Saya yakin mungkin anda akan tertanya-tanya adakah sempat untuk kita membuat Pending Order Buy Stop dan Sell Stop 5minit-1minit sebelum news itu. Untuk memudahkan trading anda, saya akan berikan script untuk membolehkan kita membuat Buy Stop dan Sell Stop hanya pada 1 klik sahaja. Dengan adanya script tersebut, kita hanya perlu masukkan berapa banyak Take Profit pips yang kita mahukan, jarak pips dari harga pasaran semasa, Lot, dan juga Stop Loss. Nak tahu tips rahsia kejayaan saya lagi? Saya siapkan setting script tersebut lebih awal (Masukkan Stop Loss, Lots, Take Profit, Distance price) dan pada 20 saat sebelum news diumumkan, saya hanya perlu tekan butang OK script tersebut. Selepas itu Pending Order Buy Stop dan Sell Stop akan dibuat sendiri, sekiranya salah satu PO dah terbuka, kita delete PO yang lagi satu (PO yang belum dibuka).
Namun begitu, strategi saya ini hanya sesuai dilakukan pada broker yang laju saja. Contohnya ialah IKO-FX dan FBS. Ini adalah kerana sekiranya broker tersebut lambat (Saya tidak kata mana-mana broker yang lambat), berkemungkinan sekiranya kita ingin Close Profit pada waktu harga tengah bergerak laju, mungkin akan makan masa sedikit disebabkan REQUOTE. Jadi terpulanglah kepada anda untuk memilih broker yang mana.
Hanya trade beberapa hari sahaja sudah mendapat profit yang melebihi dari jangkaan sebulan trading kita. Tetapi perlulah diingatkan bahawa trade news ini TIDAK SEMESTINYA profit berpanjangan kerana semuanya bergantung kepada result news. Sekiranya terdapat 2 news yang kuat dalam 1 masa, ini boleh menyebabkan pergerakan yo-yo (naik atas dan turun bawah) jika 1 news tersebut baik untuk ekonomi negara dan 1 lagi news bad news untuk negara tersebut. Jadi terpulanglah kepada kita untuk mengatur strategi Money Management kita. Pastikan Stop Loss itu sentiasa ada untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Download script PukatNews:
http://hotfile.com/dl/75423613/b2648e9/PukatNews.ex4.html
Sekian terima kasih.
P/S: Doakan saya dimurahkan rezeki
Trading psikologi merupakan aspek terpenting dari kesuksesan trader. Kita telah membuat kenyataan ini dahulu, tetapi perlu mengulanginya. Ada banyak faktor yang menyumbang terhadap psikologi seorang trader, dan tidak ada cara yang mudah untuk mencapai pola fikir trader. Namun, ada beberapa faktor yang mempengaruhi psikologi trader yang penting dan perlu diperhatikan. Sebelum ini kita telah membincangkan sebuah ciri yang merangkumi bagaimana seorang trader perlu berhadapan dengan drawdown (Trading Psikologi-Berhadapan dengan Drawdown). Topik sebelum ini membincangkan implikasi psikologi disebabkan oleh kehilangan straight siri perdagangan. Topik hari ini, menerima risiko, berkaitan dengan individual trades.
Best trader biasanya adalah trader yang paling konsisten. Untuk menjadi trader yang konsisten, penting untuk secara konsisten mengaplikasikan satu metodologi ke atas market dan membuat kesalahan sedikit mungkin. Kesalahan dalam trading adalah ketika seorang trader menyeleweng daripada metodologi mereka. Kesalahan umum termasuk mengambil kerugian yang lebih besar dari yang dirancang, keluar dari trade lebih awal daripada yang dirancang, membuka trade yang tidak sesuai dengan kriteria biasa trader, atau melepaskan trade yang sesuai dengan kriteria trader. Kesalahan ini boleh merosakkan modal trader dan kewarasan mereka.
Kesalahan dalam trading biasanya disebabkan oleh emosi dari trading sebelumnya. Emosional yang paling berbahaya (menurut saya) berlaku ketika seorang trader kehilangan sebuah perdagangan yang mereka rasakan itu adalah sepatutnya win trade. Setelah kehilangan trade ini, seorang trader merasa sedih, marah, atau bahkan dendam terhadap market. Hal ini menyebabkan trader masuk trade dengan tidak rasional untuk memenangi kembali apa yang mereka telah hilangkan. Tentu saja, trade ini juga biasanya diakhiri dengan loser. Jika menang, hal ini menjadi lebih buruk lagi, kerana sikap ini mendorong keputusan yg sama di masa depan, dan boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar.
Menurut pendapat saya, alasan senario tersebut adalah umum di kalangan trader ialah mereka tidak dapat menerima risiko ketika mereka menempatkan perdagangan. Mereka menharapkan sebuah perdagangan yang pasti akan menang, jadi ia menjadi sengsara jika perdagangan itu sebuah kerugian. Bahkan, peniaga mungkin menolak untuk menerima kerugian mereka kerana mereka begitu yakin itu adalah win trade, yang boleh mengakibatkan kerugian yang menghancurkan. Inilah sebabnya trader harus menerima risiko dari setiap perdagangan sebelum mereka memasuki posisi mereka. Dengan kata lain, seorang peniaga harus melihat jumlah wang yang mereka risk kan sebagai kos untuk melihat apakah idea perniagaan mereka akan bekerja. Sekali seorang trader menerima risiko, mereka biasanya akan merasa tidak tertekan walaupun perdagangan itu bukan perdagangan yang menang.
Menerima risiko dari setiap perdagangan tidak mudah, terutamanya bagi trader yang tidak berpengalaman. Sudah tentu, ada beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk membuatnya lebih mudah menerima risiko. Pertama, sangat penting untuk merancang setiap perdagangan. Ini bererti kita harus tahu di mana kita akan memasuki perdagangan, tempat kita berhenti/SL, dan tempat kita menempatkan TP. Dengan cara itu tidak ada keputusan yang perlu dibuat selepas posisi sudah dimasukkan. Otak manusia akan melihat maklumat yang berbeza apabila perdagangan dimasukkan dan berfikir jauh lebih jelas sebelum perdagangan dimasukkan. Selain itu, jika kita mengetahui jarak antara entry dan SL, kita dapat mengetahui secara persis berapa banyak modal kita yang dirisikokan. Hal ini penting kerana tidaklah mungkin untuk kita menerima risiko ketika kita tidak tahu berapa besar risikonya. Setelah memasukkan rencana pra-perdagangan, emosi tidak boleh dielakkan, tapi setidaknya ia tidak akan mempengaruhi keputusan perdagangan.
Seperti yang kita katakan sebelum ini, seorang trader harus melihat jumlah wang yang mereka risikokan sebagai kos untuk melihat apakah idea perniagaan mereka akan bekerja. Setiap trader pasti mempunyai kerugian. Namun, peniaga konsisten melihat kerugian sebagai sebahagian kos perniagaan. Kerugian adalah aspek penting perdagangan, dan tidak ada cara untuk mengetahui yang mana perdagangan akan menang atau perdagangan yang mana akan kalah ketika perdagangan dimasukkan. Oleh kerana itu, jika kita boleh menerima risiko dari setiap perdagangan sebelum menempatkannya, kerugian ini dapat lebih mudah dilihat sebagai sebahagian daripada perdagangan berbanding serangan peribadi terhadap market. Sekali seorang pedagang belajar untuk menerima risiko pada setiap perdagangan dan mengakui mereka tidak tahu yang mana satu perdagangan akan menang, mereka akan lebih mudah untuk mengendalikan emosi dan mencapai keputusan yang konsisten.
Archives
-
▼
2011
(19)
-
▼
May
(10)
- Introduction
- Trade extra confident dengan Inter-market analysis
- KEGAGALAN MEMBUAT ANDA LEBIH DEKAT DENGAN KEJAYAAN
- KENAPA TRADER MELAKUKAN BANYAK KESALAHAN??
- SUKA SIMPAN FLOAT? TAMAK ATAU TAKUT?
- PERBEZAAN TIMEFRAME(TF)
- RISK AND REWARD RATIO
- LOVE STOP LOSS
- LOSS LAGI?? KAJI KESILAPAN ATAU KEKAL DENGAN TRADI...
- KENAPALAH KALAU TIAP KALAU TRADE JE MESTI FAIL
-
▼
May
(10)
sembang forex
Followers
About Me
  Forex Trading by DailyForex.com
By FxFisherman.com Forex Tools
